Bintang Liverpool Mohamed Salah Mungkin Akan Berpindah Ke Juventus

February 12, 2019 - 05:47 PM


Liverpool tanpa Muhammad Salah, adakah sekali lagi juara EPL akan terlepas dari Liverpool? Berita kononnya bintang superstar Liverpool ini akan berpindah ke Juventus kini bertiup kencang di media-media Eropah dan Arab. 

Laporan Sky News Arab mendakwa penyerang Juve, Cristiano Ronaldo terbabit dalam rundingan berkenaan selepas memberi ‘lampu hijau’ kepada pegawai kelab memulakan proses untuk mendapatkan Salah menyertai kelab Turin itu.

Khabar itu diperkuatkan lagi dengan desas-desus akhbar mingguan Sepanyol, Don Balon melaporkan ruang akan diberikan di kelab itu sekiranya Juve tidak lagi mendapat khidmat Paulo Dybala.

Reputasi bintang Argentina itu agak pudar sejak ketibaan Ronaldo ke Turin.

Berdasarkan kemungkinan 'ancaman' Dybala meninggalkan kelab itu, Don Balon mendakwa Ronaldo 'memberi persetujuan’ untuk menggantikan Dybala yang banyak bergerak bebas tetapi mengalami penurunan jaringan gol.

Urusan nilai harga perpindahan untuk Salah dianggarkan hampir £175 juta (RM916j).

Ketika penyokong Reds bimbang Salah ‘angkat kaki’ sepertimana dilakukan wira Kop, Luis Suarez pada 2014, Don Balon turut mendakwa Juve juga cuba mendapatkan pemain sayap Real Madrid, Marco Asensio.

Memang tak boleh bayang kalau kabar ini betul, nampaknya Liverpool terpaksa menunggu lagi untuk merasa gelaran juara dan antara yang akan terkesan mestilah pemain-pemain Liga Fantasy EPL atau FPL yang mempunyai Salah sebagai pemain. 

Salah dah la rajin bagi banyak mata. Dah alang-alang sebut pasal FPL ni, engkorang dah join Liga Fantasy Rileklah? 


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Untuk tahun 2019 ni, kami masih ikut format yang sama iaitu hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan. Banyak hadiah-hadiah yang menarik kitorang tawarkan sepanjang Liga Fantasy Rileklah ni, ada peluang nak menang Voucher Penginapan, Barangan Eksklusif, Voucher Shopping dan banyak lagi lah.

 

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657]


[ HADIAH PEMENANG BULAN FEBRUARI ]

Untuk Februari ni, tiga pengurus teratas akan menerima SATU (1) Tumbler atau Flask dari VAKKUM. VAKKUM ni, ianya adalah botol air atau flask jenis ANTI BAKTERIA yang pertama di Malaysia dengan menggunakan teknologi dari Korea.

Kelebihan VAKKUM

  • Anti Bakteria (99.9 berkesan dan diuji oleh sgs)
  • Pastikan air yang korang minum sentiasa bersih
  • Sesuai untuk mereka yang nak amalkan gaya hidup sihat
  • Banyak design dan kegunaannya
  • Air akan kekal sejuk atau panas untuk 8 jam

Matlumat lanjut boleh ke Facebook OasisSwiss atau ke www.vakkum.com