Chelsea Pecat Maurizio Sarri Jika Tewas Kepada City Ahad Ini, Zidane Sedia Ganti
Selepas khabar angin kuat mengatakan Zinedine Zidane bakal menggantikan Jose Mourinho di Manchester United, kini bekas pengurus Real Madrid berkenaan dikaitkan pula dengan sebuah lagi kelab yang sedang merudum di Liga Perdana Inggeris, Chelsea.
Zidane dikaitkan sebagai calon terbaik untuk ganti Maurizio Sarri yang hampir pasti dipecat sekiranya Chelsea tewas pada final Piala Carabao Ahad nanti. Sejak meninggalkan Santiago Bernabeu musim panas lalu, Zidane belum terikat dengan mana-mana pasukan setakat ini.
Difahamkan Zidane meletakkan satu syarat sebelum bersetuju tanda tangan kontrak dengan Chelsea iaitu mahukan jaminan dana perpindahan musim panas. Chelsea pada jendela perpindahan lalu hanya membawa masuk seorang pemain, Jorginho dibawah pimpinan Sarri.
Selain jaminan dana, Zidane mengharapkan sokongan pengarah Chelsea dalam perpindahan pemain serta corak pengambilan pemain, dirombak.
Rasanya, kita tahu spending power Roman Abramovich, Zidane akan dapat apa dia mintak tu... Ada penyokong Chelsea nak diorang kalah supaya dapat manager baru tak?