Chelsea Tandatangani Penjaga Gol Baru Untuk Gantikan Courtois
Menjelang penutupan jendela perpindahan EPL pada petang ini, nampaknya Chelsea sempat menarik tumpuan dengan melakukan rekod perpindahan termahal setakat ini. 80 juta Euro (RM378 juta) telah dibayar untuk mendapatkan penjaga gol Athletic Bilbao iaitu Kepa Arrizabalaga.
Walaupun penjaga gol berumur 23 tahun ini adalah pilihan ketiga dalam skuad Sepanyol pada Piala Dunia yang lalu, ia tidak menghalang Chelsea untuk berbelanja besar bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Thibaut Courtois yang berhijrah ke Real Madrid.
Skuad the Blues telah memecahkan rekod pembelian termahal untuk penjaga gol yang sebelum ini dipegang oleh Liverpool semasa perpindahan Alisson ke Anfield.
Nama Kepa sebenarnya satu nama yang tak dikenali oleh penyokong Chelsea dan juga peminat EPL, namun ada sebab kenapa Real Madrid mahukan beliau beberapa bulan lalu.
Telah membuat penampilan di skuad senior Athletic Bilbao sebanyak 54 kali, Kepa juga adalah pemain yang digilap dari akademi Athletic sendiri.
Rekodnya di peringkat antarabangsa pulak memang cantik. Membantu Sepanyol B-19 memenangi Kejuaraan Eropah pada 2012, selamatkan 2 sepakan penalty melawan Perancis dan melakukan ‘debut’ untuk skuad utama ketika La Roja menewaskan Costa Rica 5-0 sebagai penganti Navas.
Jadi, musim depan penjaga gol utama Chelsea adalah Kepa Arrizabalaga dan Courtois sah ke Real Madrid. Kalau korang dah pilih Courtois sebagai penjaga gol FPL korang, tukarlah sekarang. Hehehe…
Jom tengok aksi Kepa dalam highlight ni...