Chelsea Tewas Final Piala Carabao, Insiden Penjaga Gol Enggan Keluar Padang Jadi Perhatian



Malam tadi, Manchester City sekali lagi menjulang piala EFL selepas menang sepakan penalty 4-3 menentang Chelsea. Setelah 120 minit perlawanan, kedua-dua kelab gagal mendapatkan gol langsung perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti yang akhirnya dimenangi oleh City.

Selain ‘drama’ sepakan penalti, rupanya ada satu insiden melibatkan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga di penghujung babak perlawanan. Khabarnya, Kepa memprotes tindakan pengurus Chelsea, Maurizio Sarri yang ingin mengeluarkan penjaga gol termahal di EPL tersebut.

Sarri tampak berang di kawasan pasukannya kerana beliau ingin menggantikan Kepa yang bergelut dengan kecederaan dengan penjaga gol kedua Chelsea yang juga merupakan ‘pakar’ sepakan penalty Willy Caballero.

Ketika ditemui wartawan selepas perlawanan, Kepa menjelaskan beliau bukan mahu melawan pengurusnya tetapi perkara yang berlaku sebenarnya diburukkan lagi oleh media sosial. Kepa menambah, diharapkan insiden tersebut tidak diperbesarkan dan Chelsea menurutnya telah memberikan persembahan terbaik menentang Manchester City tempoh hari.

Inilah yang terjadi semalam :

 

Tapi, ada laporan sebelum ni cakap, Maurizio Sarri akan kena pecat kalau kalah, kita tunggu ajelah keputusan nanti.