Dibuka Pagi Ini, Jualan Tiket Semi Final Piala AFF Atas Talian Dah Habis?

November 26, 2018 - 02:28 PM


Tak pasti sama ada sistem bermasalah atau sememangnya tiket dah ‘sold-out’ secara jualan atas talian. Dari pemerhatian kami jam 2 petang tadi, sistem jualan tiket di www.tikethotline.com telah sampai limit.

Apa yang kami tak faham adalah, tak mungkin beberapa jam dibuka, semua tiket telah habis terjual? Kami cuba hubungi pihak tikethotline, tetapi talian sibuk. Mungkin semua dah call dioranglah agaknya…

Kalau benar, maka baguslah! Ini sesuatu yang positif dalam bola sepak negara. Sebabnya bukan senang nak tengok stadium penuh, lagi-lagi melibatkan pasukan Malaysia. Apa yang terjadi Sabtu lepas adalah keajaiban yang dah lama penyokong bola sepak mahukan, stadium penuh!

Mungkin peranan media yang ‘hype’kan perlawanan tersebut, dibantu pula gerakan-gerakan yang dimulakan oleh Ultras Malaya sendiri dengan mempromosikan #Ekor sejak perlawanan pertama peringkat kumpulan di Cambodia.

Menurut kenyataan sebelum ini, tiket akan dicetak di Bangkok dan hanya akan sampai ke Malaysia pada malam Rabu. Jadi, untuk korang yang terlepas untuk beli tiket secara online ni, jom lah kita ramai-ramai beli tiket fizikal nanti.

Kalau ikutkan kenyataan sebelum ini, tiga saluran akan disediakan iaitu kaunter tiket Stadium Nasional, Bukit Jalil; di kaunter tiket khas di Wisma FAM, Kelana Jaya dan di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports pula akan bermula pada Khamis hingga Jumaat.

Kredit : uS Petaling Jaya

Harga tiket bagi perlawanan Separuh Akhir 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini telah ditetapkan RM30 bagi tempat duduk terbuka (RM10 lebih murah berbanding tiket 2014) dan RM5 bagi tiket kanak-kanak (RM5 lebih murah berbanding tiket 2014). Satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan kali ini ialah tiket RM40 bagi tempat duduk grandstand.

Misal kata ada penambahan tiket semi final Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia vs Thailand, boleh tengok di sini : Tiket Semi Final Malaysia vs Thailand.

Apa-apa pun, nantikan sahaja pengumuman dari FAM untuk pembelian tiket nanti ye… Setakat ini, info tak rasmi mengatakan, tiket Semi Final 1 AFF Suzuki Cup 2018 dijual di aL-ikhsaN Sports sebanyak 10,000 keping di 7 cawangan berikut sahaja :

Football Republic Sunway Pyramid - 2k

FR KLCC - 2k

The Curve

IOI City Mall

MyTown

Setapak Sentral

AEON Shah Alam

Tiket akan mula dijual di 7 cawangan berikut bermula 29 Nov (Khamis ini) sampai habis stok.

[KEMASKINI] KALAU KORANG MENCARI TIKET FINAL IKUTI LINK INI UNTUK INFO TERKINI