Dokumentari Khas 10 Jam Mengenai Kehidupan Michael Jordan Bakal Diterbitkan Oleh Netflix



Seseorang atlet atau personaliti sukan sering sahaja menjadi tumpuan dan diminati oleh peminat di seluruh dunia jika mereka mempunyai satu pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Sebagai contoh, bila bicara menganai bolasepak, lagendanya sudah tentu Maradona ataupun Pele. Jika sebut golf, kita akan teringat akan Tiger Wood dan untuk sukan bola keranjang pula, kita ada Michael Jordan.

Diangkat sebagai lagenda, Jordan merupakan pemain bola keranjang yang terbaik. Jadi dalam kes karier Michael Jordan, agak sukar untuk memuatkan perjalanan kariernya dalam satu episode dukumentari.

Namun, Netflix dengan kerjasama ESPN bersedia untuk menghasilkan dokumentari yang berdurasi 10 jam mengenai Jordan.

Jika nak dibandingkan dengan atlet basketball terkini seperti LeBron ataupun Kobe Bryant, dikatakan mereka tidak mampu mengangkat sukan ini seperti yang berjaya dilakukan oleh Jordan. 6 kejuaraan NBA, 5 MVP dan 2 pingat emas sukan Olimpik dan sebenarnya banyak lagi kejayaan yang diperoleh oleh Jordan.

Selain daripada kontrak kasut dengan Nike yang lumayan, Jordan pernah membintangi sebuah filem ikonik kanak-kanak satu masa dulu iaitu Space Jam di samping watak-watak kartun kegemaran sepanjang zaman iaitu Bugs Bunny, Daffy Duck dan banyak lagi.

Menurut ESPN, dokumentari tersebut akan diarahkan oleh Jason Hehir yang telah menerbitkan pelbagai rancangan sukan yang berjaya di ESPN. Bakal menemui para peminat sukan bola keranjang pada tahun hadapan 30 for 30 : The Last Dance ini juga bakan memaparkan lebih daripada 500 klip yang tidak pernah ditayangkan sebelum ini.

Antaranya adalah musim terakhir Jordan pada tahun 1997-1998 bersama Chichago Bulls, aksi slam dunk beliau yang membantu menjuarai kejohanan.

Peminat sukan basketball dah boleh berkira-kira nak subscribe Netflix dah lepas ni.