Dovizioso Menang Di Valencia, Hafizh Ke-10



Perlumbaan tearkhir dan penutup tirai MotoGP 2018 di Valencia mungkin dipenuhi dengan ‘drama’. Setelah beberapa nama-nama besar terjatuh akibat keadaan litar yang tak selamat setelah hujan turun dan bendera merah dinaikkan.

Perlumbaan yang terpaksa dihentikan dan dimulakan berlaku setelah 14 pusingan dan beberapa pelumba telah terjatuh dan tak dapat teruskan perlumbaan. Antara yang terlibat adalah juara dunia Marc Marquez, dan Vinales. Laporan terkini mengatakan kedua-duanya selamat dan tidak mempunyai kecederaan.

Perlumbaan ‘kedua’ dilakukan setelah itu dan pelumba Ducati, Andrea Dovizioso berjaya muncul sebagai pelumba terpantas.

Sementara itu, ‘EL Pescao’, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya mengutip 6 mata apabila menduduki tempat ke-10. Walaubagaimanapun, keputusan tersebut tidak dapat mengatasi Morbidelli untuk anugerah ‘Rookie Of The Year’.   

Keputusan GP Valencia

MotoGP

1. Andrea Dovizioso (ITA) Ducati Team (GP18) 24 minit (m) 3.408 saat (s)

2. Alex Rins (ESP) Suzuki Ecstar (GSX-RR) 24m 6.158s

3. Pol Espargaro (ESP) Red Bull KTM Factory (RC16) 24m 10.814s

4. Michele Pirro (ITA) Ducati Team (GP18) 24m 12.055s

5. Dani Pedrosa (ESP) Repsol Honda (RC213V) 24m 16.759s

6. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V) 24m 35.696s

7. Johann Zarco (FRA) Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) 24m 36.214s

8. Bradley Smith (GBR) Red Bull KTM Factory (RC16) 24m 36.519s

9. Stefan Bradl (GER) LCR Honda (RC213V) 24m 39.784s

10. Hafizh Syahrin (MAL) Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) 24m 40.606s