England, Australia Dan Beberapa Negara Lagi Boikot Piala Dunia 2018

March 28, 2018 - 11:01 AM


Kemelut politik merupakan agen yang boleh merosakkan bola sepak. Percaya atau tidak, itulah yang terjadi bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara.

Beraksi di Piala Dunia adalah sesuatu yang paling diimpikan dan merupakan pertandingan peringkat tertinggi dalam sukan bola sepak. Namun disebabkan campur tangan politik, beberapa pemain dan negara dikatakan akan bertindak untuk memboikot pertandingan tersebut.

Terbaru, pemimpin negara England menyatakan keputusan untuk tidak hadir ke kejohanan tersebut sebagai reaksi kepada insiden serangan racun ke atas bekas perisik negara Rusia yang tinggal di negara berkenaan.

Pengumuman yang dibuat oleh Theresa May itu mengumumkan bahawan Putera Willian dan peminpin di Britain tidak akan hadir di kejohanan tersebut sebagai tanda protes dan mereka dalam proses mempertimbangkan penarikan diri pasukan bola sepak mereka daripada kejohanan tersebut.

Kempen politik ini juga secara tak langsung telah melibatkan beberapa buah negara yang turut menyokong tindakan England tersebut. Sebagai tanda solidarity, Menteri Luar Australia juga mengumumkan yang pasukan Australia juga berkemungkinan menarik diri dari Piala Dunia tahun ini.

Enam negara yang turut megikut langkah Britain untuk menolak undangan pemimpin negara mereka untuk ke Rusia adalah Iceland, Denmark, Jepun, Poland dan Sweden dan Australia.

Secara tidak langsung, kejohanan Piala Dunia kali ini nampaknya menjadi medan politik dan telah mencemarkan kejohanan yang berprestij ini. Dikatakan negara yang bertindak sedemikian ini hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan imej Russia.

Nampaknya, kalau betul Piala Dunia 2018 di Russia ini diboikot… peristiwa sukan Olimpik Moscow 1980 akan berulang lagi lah.