England, Sweden Sahkan Tempat Di Peringkat Suku Akhir

July 04, 2018 - 10:10 AM


England berjaya tamatkan ‘badi’ sepakan penalti di kejohanan dunia selepas berjaya tempah slot terakhir untuk suku akhir saingan Piala Dunia 2018. Sementara di perlawanan sebelum itu, jaringan Emil Forsberg pada minit ke-66 sudah memadai untuk melayakkan Sweden.

Sweden mengatasi Switzerland dengan jaringan 1-0 dan melayakkan mereka ke peringkat suku akhir buat pertama kali sejak tahun 1994. Switzerland setakat ini tidak pernah lolos dalam peringkat kalah mati.

Sweden masih mengekalkan rekod tanpa bolos dalam saingan World Cup 2018 ini dan jaringan Emil Forsberg tersebut adalah yang pertama buat dirinya untuk saingan Piala Dunia.

Sementara itu, di Otkrytiye Arena, penjaga gol England; Jordan Pickford bertindak cemerlang untuk mengagalkan sepakan penalti Carlos Bacca sebelum Eric Dier dengan tenang menjaringkan gol kemenangan dalam penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan berkenaan seri 1-1 setelah tamat masa penuh perlawanan. Walaupun beberapa percubaan berbahaya diperolehi oleh keduanya pada masa tambahan, kecekapan penjaga gawang masing-masing menjadi halangan.

England hanya memenangi dua perlawanan peringkat tertinggi menerusi penentuan sepakan penalti, termasuklah pada Euro 1996 ketika menewaskan Sepanyol. Jaringan Harry Kane meletakkan pemain itu sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini.

Untuk peringkat separuh akhir, England akan bertemu Sweden.