EPL Gameweek 27 : 3 Pemain Yang Patut Dielakkan Ada Dalam Pasukan Fantasi Korang Minggu Ini

February 21, 2019 - 01:08 PM


Minggu ke 27 saingan EPL menyaksikan beberapa pasukan tidak akan turun beraksi. Minggu 27 ni boleh dikatakan ‘blank gameweek’ yang pertama musim ni.

Dalam ramai-ramai pemain, rasanya banyak pasukan akan terkesan kalau ada pemain daripada Manchester City dan Chelsea.

Kalau korang nak maintain point untuk minggu ini, ataupun setidaknya berikan saingan, elok gunakan wildcard untuk tukar pemain yang ada ataupun pilih captain yang lain daripada lain.

Ini adalah 3 pemain yang tak patut ada dalam pasukan fantasi korang minggu ini :

#1 Eden Hazard – Midfielder – (10.8m)

Goal: 12

Assists: 10

Kutipan Mata: 165

Perlawanan Seterusnya: BLANK, Tottenham (H), Fulham (A)

Penjaring ketiga terbanyak di EPL minggu ini tidak akan beraksi dan dalam keadaan pasukan Chelsea yang ‘bermasalah’ sekarang ini, dah sampai masa Eden Hazard digantikan dengan pemain lain. Kalau nak simpan, boleh tapi letak di bench sementara waktu.

#2 Leroy Sané – Midfielder (9.5m)

Goal: 8

Assists: 11

Kutipan Mata: 130

Perlawanan Seterusnya : BLANK, West Ham (H), Bournemouth (A)

Selepas banyak diturunkan pada GW11 sehingga GW 24, buat pertama kalinya Sane bakal berdepan ‘cabaran’ untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pemain dalam kesebelasan utama pasukan Manchester City.

Kalau nak ikutkan statistik, secara purata Sane hanya ada 1 percubaan setiap perlawanan dalam 3 perlawanan lepas.

 #3 Kieran Trippier – Defender (£6.2m)

Goal: 1

Assists: 5

Kutipan Mata: 96

Perlawanan Seterusnya: BUR (A), CHE (A), ARS (H)

Agak sukar Spurs nak kekalkan clean sheet dalam dua atau tiga perlawanan sebelum ini, dan berkemungkinan besar Trippier akan dirotate dengan Aurier.

1 percubaan dalam 6 perlawanan? Nama pun defender tapi, ada defender yang mampu bagi mata assist yang banyak pada kos yang sama.

Buatlah pilihan yang bijak…


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Untuk tahun 2019 ni, kami masih ikut format yang sama iaitu hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan. Banyak hadiah-hadiah yang menarik kitorang tawarkan sepanjang Liga Fantasy Rileklah ni, ada peluang nak menang Voucher Penginapan, Barangan Eksklusif, Voucher Shopping dan banyak lagi lah.

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657]

[ HADIAH PEMENANG BULAN FEBRUARI ]

Untuk Februari ni, tiga pengurus teratas akan menerima SATU (1) Tumbler atau Flask dari VAKKUM. VAKKUM ni, ianya adalah botol air atau flask jenis ANTI BAKTERIA yang pertama di Malaysia dengan menggunakan teknologi dari Korea.

Kelebihan VAKKUM

  • Anti Bakteria (99.9 berkesan dan diuji oleh sgs)
  • Pastikan air yang korang minum sentiasa bersih
  • Sesuai untuk mereka yang nak amalkan gaya hidup sihat
  • Banyak design dan kegunaannya
  • Air akan kekal sejuk atau panas untuk 8 jam

Matlumat lanjut boleh ke Facebook OasisSwiss atau ke www.vakkum.com

“Dapatkan Penyerang Atau Saya Tinggalkan Kelab Ini” – Lionel Messi Ugut Tinggalkan Barcelona​

Raikan Gol Secara Melampau - Gareth Bale Berdepan Hukuman Gantung 12 Perlawanan

Bintang Liverpool Mohamed Salah Mungkin Akan Berpindah Ke Juventus