EPL GW-30 : Lacazette Ingin Lakar Sejarah Di Emirates

March 06, 2019 - 11:33 AM


Selain terlibat dalam perlawanan penting melawan PSG dalam saingan Champions League, Manchester United nampaknya berada dalam minggu yang sukar kerana akan bertemu Arsenal pada hujung minggu ini.

Penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette nampaknya boleh mengikut jejak langkah bekas penyerang sensai kelab berkenaan Thierry Henry menentang United nanti.

Melawan United di Stadium Emirates, Lacazette mampu meletakkan namanya dalam sejarah Arsenal sekiranya berjaya menjaringkan gol menentang United nanti. Sekiranya itu berlaku, ini membolehkan Lacazette mencatatkan jaringan dalam 6 perlawanan ‘home’ berturut-turut.

Satu-satunya pemain Arsenal yang berjaya mencatat rekod berkenaan adalah Thierry Henry dan jika Lacazette berjaya jaringkan gol, beliau adalah pemain pertama yang membuat rekod berkenaan di ‘rumah’ baru Arsenal iaitu Stadium Emirates.

| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Liga Fantasi Rileklah masih diteruskan untuk bulan Mac nanti. Macam-macam hadiah menarik akan kami sediakan untuk korang yang join, kalau ada yang menang untuk bulan-bulan sebelum ini, korang boleh check dekat : Pemenang Bulanan Liga Fantasi Rileklah

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657 ]

| HADIAH BULAN MAC |

Pemenang pertama Liga Fantasi Rileklah untuk bulan Mac akan menerima voucher penginapan untuk 2H 1M DI Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher Sport Direct bernilai RM50.

Sunway Velocity Hotel

Terletak 3.8 kilometer dari bandar Kuala Lumpur, perjalanan ke Sunway Velocity Hotel sangat mudah dengan adanya pengangkutan awam seperti MRT. Dalam masa yang sama, perjalanan ke KLIA hanya mengambil masa 45 minit.

Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

Maklumat lanjut atau tempahan hotel boleh dibuat melalui laman web Sunway Velocity Hotel

PEMENANG LIGA FANTASY RILEKLAH BULAN FEBRUARI

ROBOHNYA KOTA MADRID