F1 Kaji Semula Prosedur Selepas Bendera Dikibar Awal Di GP Canada

June 11, 2018 - 10:12 AM


Sebastian Vettel memenangi perlumbaan ke 50 dalam kariernya sebagai pelumba Formula One pada Ahad lepas.

Dalam pada kemenangan Vettel tu, sebenarnya ada insiden yang mungkin segelintir tak perasan dan disebabkan insiden tersebut jugak, F1 bertindak untuk kaji semula prosedur kibar bendera untuk menandakan perlumbaan tamat.

Cerita dia macam ni, perlumbaan GP Canada tu rupa-rupanya berakhir dengan penuh tanda tanya, kekeliruan dan satu insiden yang agak memalukan sebenarnya. Semuanya berlaku disebabkan seorang selebriti jemputan yang dikatakan rakan karib Lewis Hamilton telah tersilap kibar bendera awal dua pusingan.

Walaupun insiden tu dikatakan tak mengubah keputusan ataupun kedudukan pelumbaan, yang dimenangi oleh Vettel tetapi menurut temuramah selepas perlumbaan, jelas Vetel agak keliru kerana lap count di kokpit keretanya masih belum cukup.

Pihak F1 menerusi direktornya Charlie Whiting menegaskan kekeliruan tersebut sebenarnya bukan salah selebriti berkenaan tetapi lebih kepada masalah komunikasi antara krew di Menara penamat dan juga pemula rasmi perlumbaan.

Walaupun nampak seperti perkara remeh, namun jika difikirkan faktor keselamatan, apa yang dirisaukan pelumba adalah krew atau penonton yang menyangka perlumbaan sudah berakhir akan meluru ke litar sedangkan kesemua jentera masih dalam kelajuan penuh dan ini berkemungkinan boleh meragut nyawa.

Tambah Whiting, pihaknya akan memastikan prosedur pengibaran ini dilihat semula dan beliau menjanjikan perkara sebegitu tidak akan berulang lagi kerana ia jelas melibatkan hal nyawa.

Insiden tersebut korang boleh dengar sendiri di video highlights perlumbaan ni :

Video credit : Formula 1