[Update] Final Shopee Piala FA : Selangor vs Pahang, Dapatkan Tiket Anda Hari Ini

July 02, 2018 - 04:02 PM


Dalam kebanyakkan penyokong bola sepak dilanda ‘demam’ world cup, saingan liga tempatan kami tidak lupakan.

Pertembungan Final Shopee Piala FA akan berlangsung hujung minggu ini (7/7/2018) antara Selangor dan Pahang dan dijadualkan akan diakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam masa penyokong kedua-dua pasukan tengah bersemangat nak sokong pasukan, ada berita yang ‘kurang best’ dimana pihak FMLLP masih berdiam diri (setakat ini) tentang proses penjualan tiket.

Jika nak diikutkan, perlawanan akhir akan berlangsung kira-kira 5 hari sahaja lagi. Namun, belum ada berita mengenai penjualan tiket. Sama ada jumlah yang diperuntukan untuk pembelian melalui Shopee, mahupun di stadium.

Kalau sebelum ini, Shopee akan sentiasa update awal tentang penjualan tiket untuk piala fa, namun tinjauan kami di laman web setra official store Football Malaysia, masih belum ada penjualan tiket final piala fa 2018 yang diadakan. 

Di laman web rasmi FMLLP juga tiada sebarang berita baru melainkan poster ucapan tahniah kepada finalis Shopee Piala FA 2018 iaitu Selangor dan Pahang.

Mungkin pada mereka masih terlalu awal, namun penyokong-penyokong kedua-dua pasukan tidak mahu insiden penukaran format jualan tiket pada minit-minit akhir seperti yang berlaku pada perlawanan akhir final sukan sea tahun lalu.

Apa-apa pun, kalau format jualan tidak berubah, tiket final piala fa boleh dibeli di kedai rasmi Football Malaysia dan kalau harganya sama, macam sebelum ini, hargia tiket untuk Final piala FA adalah RM50. 

UPDATE : TIKET PIALA FA SUDAH MULA DIJUAL, dapatkan tiket final Piala FA disini : BELI TIKET FINAL PIALA FA