Hanya 5 Perlawanan EPL Minggu Ini – Blank Gameweek 31



Perlawanan Minggu Ke-31 saingan Liga Perdana Inggeris menyaksikan hanya 5 perlawanan akan berlangsung minggu ini. Kepada pemain-pemain Fantasy Premier League, inilah masa terbaik untuk korang gunakan ‘free-hit’.

Kalau sayang nak guna free hit tu, sedialah untuk koraban 4 mata untuk mainkan 11 pemain, kalau pasukan korang tak banyak terjejas lah.

Ini adalah 5 perlawanan EPL yang bakal berlangsung hujung minggu ini :

Untuk perancangan GW-31 ni, lebih kurang macam ni lah kalau korang nak dapatkan mata yang ‘sedap’ sikit.


Credit : fantasyfootballpundits

Goalkeeper

Ada peluang cerah untuk Lukasz Fabianski untuk dapatkan clean sheet. West Ham akan turun melawan Huddersfield yang setakat ni gagal jaringkan sebarang gol dalam 4 perlawanan away diorang.

 

Defender

Gunakan mana-mana defender Liverpool, tapi agak risky sebab mungkin ada rotation lepas perlawanan Champions League semalam.

Pilih Lucas Digne jugak kalau korang tak suka Chelsea. Hehe. Nak dapatkan clean sheet mungkin sukar tapi dalam keadaan skuad Chelsea yang terumbang-ambing ni, macam-macam boleh jadi.

 

Midfielder

Selain Mo Salah, korang boleh turunkan Felipe Anderson. Walaupun persembahan pada minggu sudah kurang memberangsangkan, tapi lawan West Ham minggu ini adalah Huddrsfield; pasukan yang dah 43 kali benarkan bola dihantar ke dalam kotak penalty dalam 4 perlawanan sebelum ini.

Kalau taknak Anderson, boleh gunakan Ryan Fraser (Bournemouth). Dah mengutip 6 jaringan gol dan 10 assist musim ini. Antara 6 gol tu semua dijaringkan melawan kelab ‘top 6’.

 

Penyerang

Setelah tewas 2-0 kepada Cardiff minggu lalu. West Ham dijangka turunkan Arnautovic yang dalam perlawanan tersebut hanya dimasukkan pada half-time.

Arnautovic setakat ini dah jaringkan 5 gol dan assist 2 dalam 9 perlawanan di laman sendiri.

Selain Arnautovic, seorang lagi pemain adalah Callum Wilson ataupun Rondon.

Lebih kurang macam ni la skuad korang nanti :


Credit : fantasyfootballpundits


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Liga Fantasi Rileklah masih diteruskan untuk bulan Mac nanti. Macam-macam hadiah menarik akan kami sediakan untuk korang yang join, kalau ada yang menang untuk bulan-bulan sebelum ini, korang boleh check dekat : Pemenang Bulanan Liga Fantasi Rileklah

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657 ]

| HADIAH BULAN MAC |

Pemenang pertama Liga Fantasi Rileklah untuk bulan Mac akan menerima voucher penginapan untuk 2H 1M DI Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher Sport Direct bernilai RM50.

Sunway Velocity Hotel

Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

Terletak 3.8 kilometer dari bandar Kuala Lumpur, perjalanan ke Sunway Velocity Hotel sangat mudah dengan adanya pengangkutan awam seperti MRT. Dalam masa yang sama, perjalanan ke KLIA hanya mengambil masa 45 minit.

Dengar cerita sekarang Sunway Velocity Hotel ada buat promosi kalau tempahan terus melalui laman web mereka ---->  Sunway Velocity Hotel