Honda Perkenal Jentera Baru MotoGP Untuk Musim 2019, Lorenzo Sertai Marquez

January 24, 2019 - 02:56 PM


Pasukan Factory Honda MotoGP telah melancarkan jentera baru yang akan digunakan bagi menghadapi saingan musim 2019.

Selain jentera, dalam majlis yang sama, mereka memperkenalkan rakan sepasukan baharu Marc Marquez iaitu Jorge Lorenzo yang menggantikan tempat Dani Pedrosa.

Jentera RC213V tersebut masih menggunakan warna sama iaitu oren, putih dan merah yang juga warna rasmi penaja pasukan iaitu Repsol. Kalau nak diikutkan, memang Repsol telah mula taja pasukan berkenaan sejak 1995 lagi.

Menurut kontrak semasa, Repsol kekal sebagai penaja sehingga tahun 2020. Dalam acara yang diadakan di ibu pejabat Repsol di Madrid berkenaan, kedua-dua pelumba ada untuk meraikan pengenalan jentera tersebut walaupun Lorenzo baru lepas mennjalani pembedahan pada pergelangan kanan.

Honda dalam masa yang sama ingin mengekalkan kejuaraan pasukan dan pengeluar yang dimenangi mereka sebelum ini. Musim baru MotoGP akan bermula pada 10 March dengan Qatar GP.