Interview Pertama Ole Gunnar Solskjaer Selepas Rasmi Dilantik Sebagai Pengurus Manchester United

December 21, 2018 - 11:11 AM


Minggu ini, mungkin topik pengurus Manchester United yang baru nanti adalah yang paling hangat dibincangkan oleh peminat-peminat bola tempatan mahupun luar negara. Kepada peminat team lawan, dah pasti diorang nak tengok United ‘jatuh’ lebih teruk. Untuk peminat United, dah semestinya mahukan perubahan pada pasukan.

Tempoh yang diperolehi oleh pengurus sementara, Solskjaer bukanlah lama, 6 bulan. Namun dengan baki musim dan perlawanan yang banyak serta jadual yang padat, pastinya bukan senang untuk Solskjaer.

Cumanya disini ada dua situasi, satu kalau menjadi Solskjaer yang memang kita tahu kesayangan semua peminat akan dihormati lebih lagi, kalau teruk, beliau akan menjadi individu dibenci lah pulak nanti.

Apa-apa pun, jom kita tengok interview pertama Solskjaer sebagai pengurus United ini :