Jadual Perlawanan Penuh Peringkat Kalah Mati Piala Dunia 2018 Waktu Malaysia




Tumbangnya juara bertahan German pada perlawanan terakhir mereka menentang Korea tempoh hari menandakan tahun ini akan ada juara baru untuk saingan Piala Dunia 2018.

Seperti yang dijangka, edisi kali ini sarat dengan kejutan. Bermula daripada peringkat kelayakan lagi dimana beberapa nama besar yang selalu mewarnai kejohanan ini gagal meloloskan diri seperti Belanda dan Itali. 

Berakhirnya perlawanan malam tadi, bermakna lengkaplah perlawanan peringkat kumpulan dan bermula malam ini, sebanyak 16 pasukan akan berentap untuk ke saingan suku akhir.\

Antara pasukan yang wajar diberikan perhatian adalah pasukan Jepun yang diiringi oleh pasukan Senegal. Walaupun kedua-dua pasukan tewas pada perlawanan terakhir mereka, kutipan mata dalam dua perlawanan sebelum ini berjaya meloloskan kedua-duanya ke peringkat 16 terbaik dunia.

Jadual Peringkat Kalah Mati Piala Dunia 2018 Waktu Malaysia

Perlawanan pertama peringkat kalah mati akan berlangsung antara pasukan Perancis dan Argentina diikuti oleh perlawanan antara Uruguay dan Portugal.

Ini adalah jadual penuh peringkat kalah mati piala dunia 2018 waktu Malaysia.

Kalau nak tahu siapa lawan mereka, kita boleh tengok dekat bracket ni...

 

Sama-sama kita tunggu siapa juara baru tahun ini ye...