Jangan Tak Tahu Sukan Menggosok Baju Pada Situasi Luar Biasa Pun Wujud

October 18, 2018 - 12:48 PM


Mula-mula kami dengar tentang sukan ni kami pun tak pasti nak gelak atau nak menangis. Bagi lelaki memang kita sedia maklum nak menggosok baju dan lipat kain memang suatu kerja yang cukup susah. Sehelai baju mungkin akan makan masa 2 jam untuk siap digosok. 

Namun apa yang kami baru tengok ni agak mengerikan apabila sukan menggosok baju dalam keadaan luar biasa ni wujud. Tak tahulah nak cakap sukan ni terlebih kretif atau memang sukan untuk menyusahkan orang. 

Nama extreme ironing (seterika ekstrem) itu sudah cukup menggambarkan apa yang dimaksudkan dengan sukan ini. Ia merupakan sebuah kegiatan yang menggabungkan bahaya dan keterujaan sukan 'ekstrem' dengan kegembiraan melihat baju yang tidak berkedut. Sukan ini melibatkan sebuah seterika dan papan seterika yang dibawa ke lokasilokasi terpencil dan aktiviti menggosok beberapa helaian pakaian.

Kenapalah sukan seperti ini diwujudkan? Tak cukup lagi ke menyusahkan kami golongan lelaki untuk gosok baju sendiri?

Di Manakah Sukan Ini Diadakan?

Lokasi-lokasi pilihan untuk sukan ganjil ini adalah seperti di kawasan pergunungan terutamanya yang memerlukan pendakian sukar, atau menggosok baju sambil berski, menaiki skuter atau berkanu.

Sukan ekstrem ini sebenarnya sudah lama wujud iaitu lebih 20 tahun yang lalu. Idea bernas ini dimulakan oleh seorang lelaki bernama Phil Shaw atau lebih dikenali sebagai "Steam" dari Leicester, United Kingdom pada tahun 1997.

Phil ketika itu baru pulang dari kerjanya di sebuah kilang pakaian yang dikait dan perlu menghadap timbunan kain berkedut di rumah. Dia terkir alangkah bagusnya jika dia sedang cuti dan menghabiskan masa dengan mendaki tembok. Lalu, dia tiba-tiba mendapat idea dan terus membawa keluar papan seterikanya ke laman bunga, memasang seterika pada penyambung wayar dan mula menggosok di luar rumah.

Selepas itu, Phil dan rakan serumahnya, Paul Cartwright mula menggosok baju dalam persekitaran luar biasa. Mereka menyeterika baju sambil mendaki tembok, bermain ski di Pergunungan Alps dan di atas pohon balak di Black Forest.

Dua tahun kemudian, pada tahun 1999, kempen untuk mencari "atlet" dijalankan di seluruh dunia iaitu di Amerika Syarikat, Fiji, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Kempen ini berjaya sehingga tertubuhnya Seterika Esktrem Antarabangsa dan ia mula diiktiraf sebagai sebuah sukan.

Pada tahun 2002, Jerman buat julung-julung kalinya menjadi tuan rumah dan menganjurkan Kejohanan Dunia Seterika Ekstrem. Lokasi pilihan adalah di sebuah perkampungan di lembah berhampiran Munich. Ia adalah sebuah acara yang sangat besar dengan penyertaan sehingga 80 buah kumpulan dari seluruh dunia. Penyeterika dari Jerman yang bernama "Hot Pants" telah memenangi acara individu manakala pasukan dari British pula menjuarai acara berkumpulan. Kejohanan ini berjaya membuka mata dan menarik minat lebih ramai penggemar sukan ini dari negara lain seperti Austria, Croatia, Chile dan Australia.

Paling pelik sukan ini pun akan diberi markah juga ya. Agak-agaklah macam mana diorang bagi markah? Adakah berdasarkan kekemasa baju yang di gosok? Atau aksi yang meyakinkan?

Kaedah pemarkahan sukan ini adalah berdasarkan jumlah 120 mata yang dibahagikan kepada tiga kategori berlainan: kualiti gosokan (60 mata), gaya menggosok (40 mata) dan kepantasan menggosok (20 mata)

Percaya atau tidak sukan ini memang wujud dah sehingga kini atlit yang menyertai sukan aku lebih dari 1500 orang. 

Fuh nasib baik luar negara. Hi Syed Saddiq kalau baca ni jangan pandai-pandai nak buat kat Malaysia ya.