Jendela Perpindahan Januari – Berita Dan Khabar Angin Dari EPL, La Liga Serta Serie A

January 23, 2019 - 10:45 AM


Jendela perpindahan pemain atau disebut sebagai transfer window adalah tarikh penting dalam kalendar bola sepak seluruh dunia. Ketika inilah ramai pemain dikatakan akan berpindah pasukan, dan semestinya transfer window inilah menjadi perbualan dan sering ditunggu-tunggu oleh peminat dan penyokong bolasepak seluruh dunia.

Kebiasaannya, masa inilah ramai penulis sukan dan pengkritik akan mengeluarkan statistik dan menjangkakan pemain mana yang sesuai untuk pindah dan sebagainya.

Neymar Ketika Berpindah Ke PSG dari Barcelona

Kalau nak diikutkan memang ia dikenali sebagai transfer window oleh peminat, tetapi atas kertas, nama rasminya adalah tempoh pendaftaran (registration period) oleh FIFA. Dalam satu musim, memang di tetapkan akan da DUA jendela pendaftaran.

Dalam peraturan FIFA, tempoh pertama adalah ketika musim dah tamat dan pendaftaran akan ditutup sebelum musim baru bermula. Tempoh yang diberikan adalah tak kurang dari 12 minggu. Tempoh kedua; ini akan dibuka pada pertengahan musim. Tak macam tempoh yang pertama, jendela perpindahan untuk mid-season ni hanya 4 minggu.

Ini adalah tempoh transfer window terpilih untuk setiap liga :

Dah alang-alang cerita pasal transfer window ni, jom kita tengok rumours dan berita pasal January Transfer Window melibatkan liga-liga besar.

#1. Barca Nak Sailang de Jong Daripada PSG dan Man City

Barcelona tengah nego dan sedia membayar Frankie de Jong €16 million (£14m/$18m) setahun. Ini adalah usaha dan tawaran Barca untuk mendapatkan pemain tengah Ajax ni. Sebelum ni, Manchester City mendahului dengan tawaran €70m dan ditambah €20 dalam bentuk bonus.

Barca dikhabarkan menawarkan beberapa tawaran peribadi dan menganggap De Jong adalah pemain yang penting untuk masa hadapan.

 

#2. Piatek ke Milan, Higuain ke Chelsea

Penyerang Genoa, Krzystof Piatek dikhabarkan dah berada di Milan dan sedia untuk medical. Ini secara tak langsung membernarkan Higuain untuk dipinjamkan ke Chelsea untuk tempoh 6 bulan.

Chelsea akan meminjam Higuain dan diberi pilihan untuk membeli pemain berkenaan pada akhir musim dengan harga £32.5 juta dan Piatek dilaporkan akan sertai Milan dengan harga £31 juta.

 

#3. Real Madrid sedia £90 juta untuk perpindahan Dybala

Real Madrid dikhabarkan sedang bersedia untuk membawa masuk pemain bintang Juventus Paulo Dybala dengan harga £90 juta.

Selain Real Madrid, Dybala sebenarnya dah lama diminati oleh Pep Guardiola sejak beraksi di Bayern Munich lagi. Buat masa ini, dikatakan Juventus bersedia untuk melepaskan Dybala kerana ketibaan Aaron Ramsey dan dalam masa yang sama mereka sedang cuba dapatkan Isco secara pinjaman.