Kejohanan Wimbeldon – Acara Tenis Yang Mewajibkan Pakaian Serba Putih,Sebabnya?

August 14, 2018 - 06:10 PM


Sukan Tenis mungkin bukanlah sepopular sukan-sukan lain seperti bola sepak, badminton dan lain-lain sukan yang sering dijadikan ‘bahan’ berborak di mamak mahupun café hipster.

Namun, sukan ini ada peminat dan pengikutnya sendiri. Macam bola sepak, ada beberapa kejohanan utama ataupun Grand Slam yang boleh dikatakan berprestij dalam tenis. Antaranya Kejohanan Terbuka Perancis, Australia, Amerika Syarikat dan pertandingan tenis paling tua dan paling berprestij adalah Kejohanan Wimbeldon.

Pada awal kewujudan kejohanan ini, sebanyak 22 orang pemain tenis amatur telah dijemput untuk berkumpul di All England Croquet and Lawn Tennis Club, Wimbeldon. Kesemua pemain adalah lelaki kerana pada waktu tersebut, pemain wanita tidak dibenarkan untuk sertai.

Diadakan sejak 1877, kejohanan Wimbeldon amat mementingkan tradisi kejohanan tersebut. Sehingga kini, pemain lelaki dan wanita dengan panggilan ‘Gentlemen’ dan ‘Ladies’. Selain itu, petak tempat duduk untuk para bangsawan Inggeris masih kekal sejak 1922 dan dipanggil ‘Petak Diraja’.

Semua Pemain Berpakaian Serba Putih

Ha, antara satu tradisi kejohanan Wimbeldon ni adalah kesemua pemain diwajibkan memakai pakaian serba putih. Sejak peraturan kejohanan dibuat pada 1980, memang warna putih adalah ‘dressing code’ yang wajib dipatuhi oleh kesemua pemain.

Maknanya, bukanlah pemain tenis ni sengaja nak pakai warna putih, tapi untuk kejohanan Wimbeldon, wajib pakai putih.

Salah satu sebabnya adalah; pada tahun 1980 ketika peraturan kejohanan dibuat, kesan peluh adalah sesuatu yang dianggap kurang sopan dan warna putih dipilih kerana ia mengurangkan kesan peluh pada baju pemain.

Selain itu, sukan tennis ini digemari oleh para bangsawan dan golongan diraja, sebab itulah warna putih dipilih. Bukan sahaja warna malah kod pemakaian ini merangkumi rekaan juga kesopanan pakaian tersebut.

Namun, ada beberapa kes yang dilakukan oleh pemain tenis professional dianggap telah melanggar peraturan tersebut, antaranya Maria Sharapova pada tahun 2008 dan Roger Federer pada tahun 2013. Federer diarahkan untuk menukar kasutnya kerana ada belang oren pada kasut putihnya.

Walaupun berdepan beberapa kritikan pemain professional, pihak pengurusan Kejohanan Wimbeldon tidak berganjak dengan keputusan mereka dan katanya mereka tidak akan mempertimbangkan untuk menukar dresscode kejohanan.

Fuh, memang ‘strict’.