Keputusan ‘Undian’ Peringkat Suku Akhir Champions League Bocor ?

March 15, 2019 - 02:23 PM


Sebelum ini ada beberapa kali keputusan undian dalam perlawanan bola sepak bocor dan para peminat mula meragui tentang kebenaran dan ketelusan undian yang dilakukan.

Terbaru, keputusan undian peringkat Suku Akhir saingan Champions League telah bocor di laman twitter dan setakat ini masih belum dapat diketahui kesahihannya.

Kalau nak diikutkan, undian peringkat Suku Akhir Champions League akan diadakan hari ini jam 7 malam waktu tempatan melibatkan 8 pasukan iaitu; Juventus, Barcelona, Porto, Ajax dan 4 wakil EPL iaitu Tottenham, Liverpool, Manchester City dan Manchester United.

Kalau nak ikutkan maklumat yang bocor berkenaan, ini perlawanan yang akan berlangsung :

Liverpool vs AFC Ajax

Juventus vs Fc Porto

Manchester United vs Tottenham

Fc Barcelona vs Manchester City

Walaubagaimanapun, ini adalah mungkin ‘hoax’ yang sengaja dimuatnaik oleh individu tak bertanggungjawab ataupun mungkin ini maklumat yang benar.

Apa-apa pun, kita nantikan proses undian jam 7 malam ini. Kalau betul sama, maknanya, selama ini kejohanan ini memang dah ‘diatur’.

Solskjaer Ulangi Sejarah 1999! 

Robohnya Kota Madrid