Kesemua Tiket Separuh Akhir 1 AFF Suzuki 2018 - Malaysia lwn. Thailand Telah Habis Dijual

November 29, 2018 - 03:25 PM


Kalau korang baru nak gerak ke Bukit Jalil ataupun mana-mana cawangan Al-Ikhsan untuk membeli tiket perlawanan Separuh Akhir 1 Piala AFF Suzuki Malaysia menentang Thailand boleh lah batalkan niat anda. Ini adalah kerana kesemua 40,000 tiket fisikal telah habis dijual. Demikain kenyataan FAM di laman FB mereka.
 

Tetapi jangan gusar kalau korang nak sangat tiket masih ada peluang dengan membeli "Corporate Suite" harga RM20,000 sahaja. 15 Pass VIP, Parking untuk 4 kenderaan dan makanan untuk korang melantak sambil tengok bola. Dia punya style toksah cakap lah.... decor memang cun habis, perabot moden dan ada kerusi kat balkoni dengan karpet rumput turf.

Maklumat penuh ada dibawah.