Tips Fantasy Premier League – Bersedia Untuk Tahun Baru, Apa Yang Korang Terlepas Untuk Gameweek 21

January 02, 2019 - 01:38 PM


Kalau nak diikutkan, Gameweek 21 bermula semalam dan ada beberapa perlawanan yang dah berlangsung. Malam ni, beberapa pasukan lagi akan turun beraksi. Kalau nak tukar player memang tak sempat dah. Jadi boleh gunakan tips ni untuk Gameweek 22 nanti.

Ini Keputusan Perlawanan Malam Semalam :

Everton vs Leicester City – 0-1

Cardiff City vs Tottenham – 0-3

Arsenal vs Fulham – 4-1

Sebenarnya, untuk GW 21 ni, korang akan terselamat sekiranya ada antara pemain-pemain berikut :

#1. Paul Pogba – 8.1m

Semenjak Ole Gunnar Solskjaer ambil alih pengurusan, Pogba boleh dikatakan sangat on-form. 2 assist pada perlawanan pertama, 2 gol menentang Huddersfield dan menjadi Player Of The Week dengan 18 mata pada minggu lepas.

#2. Roberto Firmino – 9.1m

Permulaan musim, Firminho agak tenggelam  tetapi semenjak dua ni, dia kembali dengan persembahan terbaik. Hatrik menentang Arsenal dan dah mencatat 7 gol dan 5 assist untuk kempen liga kali ini.

Kalau nak tahu, Firmino sekarang di tangga ke-4 untuk posisi Forward terbaik.

#3. Neil Etheridge – 4.5m

Antara penjaga gol backup yang korang kena ada adalah Etheridge. Keeper Cardiff ni dalam diam-diam dah ada 5 clean sheet dan banyak selamatkkan gawang Cardiff daripada bolos dengan lebih banyak.

Etheridge adalah penjaga gol nombor 2 terbaik dalam FPL setakat ini, mengatasi pilihan ramai seperti Ederson mahupun de Gea.

Perlu Dikeluarkan :

#1. Kevin De Bruyne – 9.7m

Kalau nak diikutkan, persembahan musim lepas De Bruyne memang terbaik. Banyak bagi mata untuk team-team yang pilih dia. Namun untuk musim ini, Bruyne bergelut dengan masalah kecederaan, walaupun ada dalam simpanan menentang Sothampton minggu lepas, De Bruyne tidak diturunkan.

Kena pulak lawan dengan Liverpool lepas ni, untuk De Bruyne ada dalam kesebelasan utama masih 50/50.

#2. Ruben Neves – 4.9m

Harungi musim sudah dengan bergaya, ramai yang jangkakan Neves adalah midfielder bajet yang patut ada sebagai back-up dalam pasukan.

Tapi, untuk musim ini, Wolves dah dinaikkan liga dan Neves agak sukar untuk selalu ‘naik’ ke atas untuk membantu jaringkan gol. Musim ini, hanya 1 assist dan 2 gol berjaya dijarangkan. Walaupun, kenalah dengan harganya, tapi ada pilihan yang lebih baik, David Brooks dari Bournemouth misalnya.

#3. Pierre-Emile Hojberg – 4.4m

Hojberg dengan jayanya kemudi Southampton pada tiga perlawanan pertama. Mencatat 1 bantuan gol. Menentang West Ham, dia digantung, tapi berjaya menjaringkan gol melawan City minggu berikutnya.

Malangnya, menentang City, Hojberg dilayangkan kad merah dan ini bermakna dia akan diketepikan sekurang-kurangnya 3 perlawanan.


Liga Fantasi Rileklah

Untuk tahun 2019 ni, kami masih ikut format yang sama iaitu hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan. Untuk Januari, gameweek 21 dah bejalan semalam dan gameweek 22 akan berlangsung Sabtu ni.

Jadi, sempat lagi nak tukar player untuk Gameweek 22 nanti. Selain tu, korang boleh dapatkan tips daripada kitorang jugak. Tips FPL Fantasi ni bukan tangkap muat tau, kitorang rangkumkan dari 3 ke 4 sumber analisis terbaik.

Pemenang Bulan Disember : 

Disember lepas 3 manager teratas bulan tersebut menerima baucer penginapan di Hotel.

Tiga pemenang tersebut adalah :

Dan, untuk bulan Januari ni, korang semua berpeluang menangi hadiah tajaan Kaki Jersi.

 

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657 ]


HADIAH PEMENANG BULAN JANUARI

Untuk Januari ni, korang semua berpeluang menangi hadiah tajaan Kaki Jersi.

Pemenang pertama akan menerima voucher bernilai RM150, pemenang kedua RM 100 dan ketiga RM80. 

Tak cukup dengan itu, ada diskaun tambahan lagi kalau korang nak buat jersi untuk team bola atau futsal korang sendiri. Yang penting, ianya bukan cap ayam. Kaki Jersi punya tau. Tengok sample team-team yang pakai jersi diorang sebelum ni :

Kalau korang pernah beli, memang tak dinafikan, kualiti memang terbaik. Selain kualiti kain, semestinya orang akan pandang design jersi pulak.

Contohnya ini :

Kalau korang yang tak tahu lagi, Kaki Jersi adalah destinasi premium untuk korang dapatkan jersi-jersi yang berkualiti dengan harga berpatutan. Selain material yang selesa, korang boleh jugak kalau nak custom untuk pasukan korang sendiri. 

Untuk Maklumat Lanjut :

Website : KakiJersi

Facebook : KakiJersiDotCom

Instagram : KakiJersiDotCom