Liga Perdana Inggeris Perkenalkan Liga Esports Dalam Permaianan Video FIFA 2019

October 05, 2018 - 03:51 PM


Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal melancarkan liga esportsnya sendiri bermula Januari yang mana akan membariskan pemain dari setiap kelab untuk bertanding dalam permainan video FIFA 2019.

Kejohanan sulung ini bakal menyaksikan wakil pemain dari 20 kelab EPL bersaing dalam peringkat kumpulan sebelum kalah-mati yang akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen Sky Sports.

Sebelum ini kejohanan besar untuk permainan video FIFA yang pernah dianjurkan oleh EA Sports ialah Fifa eClub World Cups selain liga-liga utama dunia yang mempunyai liga esports sendiri seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman.

Peringkat akhir kejohanan ini akan berlangsung di London pada 28 dan 29 Mac 2019.

Dengan berita ini sudah pasti menaikkan semangat buat kaki-kaki FIFA 2019 nanti. Wow tak sabar ni nak tunggu Januari akan datang. Nak kena asah balik semua skill yang lama tak diguna.