Luke Shaw Akhirnya Sambung Kontrak 5 Tahun Lagi di Manchester United



Luke Shaw menandatangani kontrak baharu selama lima tahun untuk kekal di Old Trafford. Luke Shaw berkata ianya hanya mengenai masa sebelum Manchester United kembali menampilkan aksi terbaik.

Dengan kontrak baru ini, Shaw akan menerima £150,000 seminggu daripada kontrak baru tersebut. Kontrak asal pemain pertahanan berusia 23 tahun itu akan tamat pada musim panas akan datang. 

Sepanjang berada di Manchester United dibayangi oleh kecederaan yang menghadkan beliau kepada 75 penampilan sahaja sejak tiba di Old Trafford pada 2014.

Jika sebelum ini Shaw membayangkan ianya adalah mustahil untuk beliau kekal bersama Manchester United melangkaui musim ini. Namun prestasi bek kiri itu pada musim ini menunjukkan indikasi beliau telah meletakkan episod duka sebelum ini di belakang.

Walaubagaimanapun aksi yang konsisten oleh Shaw merupakan satu perkara positif yang boleh diambil dari musim serba tidak kena skuad kendalian Jose Mourinho. Disebabkan itu juga Gareth Southgate selaku jurulatih England menjadikan Shaw sebagai pemain dalam pemerhatian untuk skuad kebangsaan England.

Selain itu, beliau juga tidak sabar untuk menyambung kembali perkembangan karier di bawah Jose Mourinho, dan tetap optimis bahawa dengan bakat pemain muda yang ada di Manchester United ketika ini mampu menjulang juara buat kelab.

Pemain pertahanan England itu menyertai Manchester United dari Southampton pada 2014 dengan tanda harga £27 juta, dan dianggap sebagai antara prospek yang bakal menyinar.