Magis Ronaldo Bawa Real Madrid Selangkah Ke Peringkat Separuh Akhir

April 04, 2018 - 10:27 AM


Dua goal Christiano Ronaldo membantu Real Madrid menewaskan Juventus dengan jaringan 3-0 pada perlawanan pertama peringkat suku akhir malam semalam.

Secara tidak langsung, bintang daripada Portugal berkenaan mencatat sejarahnya tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang berjaya membuat jaringan gol dalam 10 penampilan berturut-turut dalam pertandingan tersebut.

Jaringan inilah yang membuatkan penyokong Juve bersorak untuk Ronaldo...

Perjalanan Juventus tampak sukar selepas ini kerana mereka akan bermain tanpa Dybala yang telah dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan melibatkan Sevilla menentang Bayern Munich, tandukan Thiago pada separuh masa kedua telah mencerahkan peluang Bayern apabila menewaskan Sevilla dengan jaringan 2-1.

Kekalahan Sevilla ini adalah yang pertama di laman sendiri dalam peringkat Eropah dan mereka juga tewas berturut dengan kelab dari German.

Untuk perlawanan seterusnya, wakil dari England akan bertemu sesama sendiri dimana Manchester City akan bertemu Liverpool dan Barcelona akan bertemu dengan Roma.