Masalah Tiket Bola Malaysia, Mungkin Tiba Masanya FAM Wujudkan Sistem Pungutan Mata

December 10, 2018 - 06:40 PM


Tiap kali tibanya perlawanan akhir bola sepak Malaysia samada di peringkat tempatan atau antarabangsa, pasti akan ada masalah mengenai jualan tiket. Krisis ini dilihat seperti tiada jalan penamat selagi ulat tiket dan rasuah masih lagi bermaharajalela.

Isu ini timbul juga di sebabkan masih lagi ramai penyokong kita yang bersifat "bangsa final". Hanya muncul ketika perlawanan akhir sahaja. Disebabkan golongan inilah jualan tiket menghadapi masalah. 

Sistem jualan tiket sama ada online atau jualan kaunter yang dijalankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersikap adil, di mana sesiapa pun boleh mendapatkan tiket, tidak kira siapa. Cuma untuk edisi kali ini, FAM turut memberikan keutamaan kepada penyokong Malaysia yang berkunjung ke perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok juga.

Jadi untuk mengatasi masalah yang seperti tiada kesudahan ini, mungkin pihak FAM boleh cuba cara Seperti Persatuan Bolasepak England (FA), mereka telah memperkenal sistem caps ini untuk penyokong England yang akan memudahkan mereka terutamanya ketika pasukan Three Lions beraksi di kejohanan besar. Bagi penyokong yang menyertai Kelab Penyokong England, mereka akan menerima dua caps untuk setiap perlawanan di laman sendiri atau tempat lawan. Sebelum ini, penyokong menerima dua caps untuk perlawanan di tempat sendiri dan satu caps jika berkunjung ke tempat lawan. Sistem ini sekaligus turut membantu memenuhkan Stadium Wembley ketika perlawanan melibatkan pasukan England. Tiada lagi kejadian stadium kosong di tempat sendiri kerana semua akan berusaha mengumpul caps bagi mendapatkan peluang membeli tiket kejohanan besar.

Ini hanyalah cadangan berkesan atau tidak untuk Liga Malaysia tak pasti, cuma daripada masalah ini terus berlaku tiada salahnya cuba cara lain pula kan... Tampuk FAM sering bersilih ganti tetapi masalah jaalan tiket masih lagi kritikal.