Mencetus Trauma, Ganggu Emosi – Ciesa Saman McGregor

September 12, 2018 - 05:20 PM


Selepas mengaku bersalah atas tindakannya menyerang bas di UFC 223 April lalu, Conor McGregor nampaknya berdepan lagi satu masalah tindakan undang-undang.

Menurut laporan, McGreggor dikatakan dengan sengaja menyerang dan menganggu emosi seorang fighter UFC lain; Michael Ciesa pada siri ke 223 UFC. Menerusi video yang tular di twitter, McGregor kelihatan mengambil penghadang besi jalan dan membalingnya kea rah bas yang dinaiki oleh Ciesa.

Berikutan kejadian itu, Ciesa cedera di bahagian tangan dan muka. Lebih memburukkan keadaan, Ciesa tidak dapat bertarung dalam perlawanan yang telah dijadualkan menentang Anthony Pettis.

Bukan sekadar McGregor, Ciesa turut memfailkan tuntutan saman keatas The Barclays Center kerana gagal menyediakan langkah keselamatan dan kawalan yang sepatutnya kepada plaintif dan orang lain.

Setakat ini, jumlah tuntutan saman masih tidak diketahui.

Ini provokasi ke, memang McGregor ni ‘kepala angin’?