Mourinho Diberi Tempoh Hingga Hujung Minggu, Atau Akan Dipecat!

October 01, 2018 - 12:04 PM


Dengan kedudukan terkini di tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris, mencatatkan hanya tiga kemenangan dari tujuh perlawanan, kekalahan kepada West Ham baru-baru ini ternyata satu rekod yang tak dapat diterima oleh peminat dan penyokong Manchester United.

Tekanan sudah tentunya terhadap pengurus Jose Mourinho dimana boleh dikatakan ramai pemain dan staf percaya Jose Mourinho bakal dipecat pada hujung minggu ini.

Tekanan ini ditambah pula dengan khabar angin yang mengatakan Zinedine Zidane mahukan jawatan yang dipegang Mourinho, dan ia mungkin menjadi kenyataan sekiranya dua perlawanan selepas ini gagal. Satu di peringkat Champions League, menentang Valencia, dan aksi hujung minggu menentang Newcastle.

Jika Zidane menggantikan United ada beberapa Pro dan Con dia jugak sebenarnya…

PRO :

Rekod Champions League

Zidane dah lalui dua setengah kempen Champions League, satu yang dia ambil separuh musim tu tapi berjaya menjulang TIGA trofi.

Menggantikan Rafa Benitez pada 2016, Zidane berjaya menjulang European Cup tak sampai beberapa bulan ambil alih pasukan dan ulangi kejayaan tersebut pada 2017 dan 2018 untuk menjadi manager paling berjaya sepanjang zaman

Kepimpinan dan Respek

Dengan kejayaan terkini yang ada pada profail Zidane, pemain akan lebih terbuka untuk menerima caranya berbanding Mourinho. Walaupun mempunyai kejayaan dan sejarah yang hebat sepanjang 15 tahun, namun boleh dikatakan caranya agak ‘ketinggalan’ berbanding cara yang digunakan oleh Pep ataupun Jurgen Klopp.

Selain itu, Zidane mudah untuk mendapat kepercayaan pemain kerana statusnya yang berjaya sebagai manager dan juga pemain lagenda.

Tukar Cara Bermain

Gaya permainan boleh dikatakan terumbang-ambing sejak ditinggalkan Alex Ferguson dan fanbase pun sudah berkurangan. Dovid Moyes, Louis van Gaal dan Mourinho menjadi pesalah utama dalam kurangnya ‘feel’ dalam permainan dan persembahan United dan dengan perlantikan Zidane nanti, diharapkan mampu meletakkan United dalam landasan yang betul.


CONS

Samar

Walaupun berjaya mengeluarkan Madrid dari landasan bahaya, namun kredibiliti Zidane sebagai pengurus masih boleh dipersoalkan. Pertamanya, ketika di Madrid, player-player yang ada di sana dah memang jauh lebih bagus berbanding apa yang ada di United sekiranya betul Zidane akan ambil alih.

Rekod Teruk Liga

Walaupun berjaya bersama Real Madrid di peringkat Eropah, rekodnya di liga domestic agak kurang memuaskan, musim pertama Zidane, Madrid juara. Kemudian, gagal pertahankan kejuaraan, hanya tempat ke-3, 17 mata dibelakang pendahulu liga, Barcelona

Selain Zidane, ada lah jugak beberapa nama lain yang naik, antaranya bekas manager Tottenham iaitu Pochettino dan bekas pemain lagenda United iaitu Giggs. Pada korang, lebih-lebih lagi penyokong Manchester United sendiri, korang rasa, siapa paling layak?