Pemain Golf Terbaik Negara Bersedia Harungi Maybank Championship

January 29, 2019 - 04:39 PM


Wakil Malaysia nampaknya berpeluang memenangi hadiah utama berjumlah USD 3 Juta dalam Maybank Championship yang bakal berlangsung pada 21 hingga 24 Mac 2019 di Saujana Golf & Country Club. Dibarisi pemain-pemain terbaik di negara ini, wakil dari Malaysia akan menurunkan 13 pemain yang diketuai oleh Gavin Green.

Selain Green, kontijen Malaysia akan membariskan dua pemain professional Ben Leong dan Nicholas Fung. Antara nama-nama lain yang akan membarisi kontijen negara adalah Shahriffuddin Ariffin, Danny Chia, Amir Nazrin, Sukree Othmas, Kim Leun Kwang, Arie Irawan, Ramasamy Nachimuthu, Wilson Choo, Kenenth De Silva dan Kemarol Barain. Kesemua pemain ini layak berdasarkan ranking semasa mereka di peringkat negara.

Kejohanan Maybank Championship ini adalah satu kejohanan yang unik dimana ia membawa slogan ‘Where The Best Meet’. Sudah tentulah pemain-pemain yang terlibat adalah yang terbaik dalam kalangan mereka. Untuk kejohanan ini juga, difahamkan 60 pemain terbaik dari siri jelajah Eropah dan Asia dan 15 pemain adalah dalam kalangan 150 terbaik di dunia.

Lebih menarik, pihak penganjur telah memberikan 10 slot untuk pemain tempatan atas usaha mereka mengembangkan bakat dan memberikan pendedahan kepada pemain-pemain tempatan untuk bersaing dalam satu kejohanan yang dibarisi oleh pemain-pemain golf terkemuka.

Sejak tiga kejohanan sebelum ini, Maybank Championship telah menyaksikan 3 pemenang berlainan dan pemenang adalah nama yang tidak dijangka oleh mereka. Dalam masa yang sama, kejohanan pada tahun ini (2019) juga dijangka sengit.

Maybank Championship, telah menjadi kejohanan golf primier di negara ini. Dengan barisan pemain-pemain handalan dunia yang telah mengesahkan tempat, akan ada lagi nama-nama besar akan sertai kejohanan yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 Mac nanti di Saujana Golf and Country Club ini.

TIket kejohanan boleh didapatkan di laman web Maybak Championship dengan harga permulaan untuk satu hari adalah RM38, pass hujung minggu RM68 dan Season pass RM88.

Maklumat lanjut boleh ke http://maybankchampionship.com.my