Penganti Mourinho ? Ini Nasihat Sir Alex Ferguson

December 19, 2018 - 04:42 PM


Selepas pemecatan serta merta Jose Mourinho sebagai pengurus Manchester United, Lembaga pengarah kelab berkenaan meminta pendapat dan nasihat bekas pengurus yang paling berjaya sebelum ini iaitu Sir Alex Ferguson.

Mourinho dipecat serta merta oleh Ed Woodward selepas satu pertemuan singkat mereka berdua di padang latihan Manchester, pagi Selasa lalu.

Mula dari situ, banyak khabar angin tentang calon-calon yang layak mengantikan Mourinho dan peminat serta penyokong kelab berkenaan semestinya nak tahu siapa yang dipertanggungjawabkan untuk mengemudi kelab berkenaan sementara menanti pengurus baru.

Semalam, ada yang mengatakan tugas pengurus sementara diberikan kepada bekas pemin tengah United, Carrick. Namun, hari ini, sebuah laman berita di UK mengesahkan yang Ole Gunnar Solskjaer telah dipilih dan akan dibantu oleh Mike Phelan.

Kalau korang nak tahu, Mike Phelan ni adalah pembantu Sir Alex Ferguson dari tahun 2008 sehinggalah Sir Alex bersara.

Menurut The Independent, untuk pengurus selepas ini, pihak Lembaga pengarah banyak meminta nasihat Ferguson dan setakat ini, Ferguson ada ‘favour’ satu nama. Iaitu, Mauricio Pochettino.

Tapi kan, sebelum ini David Moyes juga adalah individu yang dicadangkan oleh Alex Ferguson, itupun disebabkan lima nama lain tak available. Sebelum meninggalkan United dulu, Sir Alex pernah hubungi beberapa orang, antaranya Pep Guardiola, Carlo Ancelotti, Jurgen Klopp, van Gaal dan Mourinho sendiri.