Pengumuman Na’Vi Mengejutkan Peminat DOTA 2, Na’Vi Tanpa Dendi!

September 03, 2018 - 05:21 PM


Seperti kebiasaan, organisasi dan pasukan akan mengadakan dan mengumumkan roster atau senarai pemain baharu untuk pasukan DOTA2 mereka pada akhir musim atau selepas berlangsungnya The International (TI).

Salah sebuah pasukan yang tak asing di DOTA2 iaitu Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai Na’Vi menerusi CEO mereka Yevhen Zolotarov turut mengumumkan senarai pemain yang akan mewakili Na’Vi pada musim yang akan datang.

Sungguh mengejutkan dimana Danil Ishutin atau Dendi tidak tersenarai buat pertama kalinya selepas 8 tahun bersama Na’Vi. Berita tersebut disahkan oleh CEO Navi dan beberapa tweet oleh Dendi di akaun twitternya @DendiBoss.

Namun, pemergian Dendi tidaklah berseorangan, ini kerana Ilya Ilyuk (Lil) dan Victor Nigrini (GeneRal) juga turut tidak disenaraikan termasuklah coach mereka iaitu XBOCT, Alexander Dashkevich.

Buat masa sekarang ini, Na’Vi sedang mencari pemain kelima selepas Evgeniy Ree (Blizzy) dari pasukan Vega Squadron diserap masuk bersama 3 pemain asal Na’Vi yang terselamat iaitu Crystallize (Vladislav Kryystanek), MagicaL (Idan Vardanan) dan SoNNeikO (Akbar Butaev).

Musim baru akan melihatkan Na’Vi bakal dipimpin oleh SoNNeikO dan menurut pemain yang ada sekarang, mereka kekurangan pemain di posisi ke empat.

Menurut laporan, masa depan Dendi di Na’Vi telah lama dipertimbangkan oleh Yevhen sejak penampilan mereka agak kurang memuaskan pada musim ini dengan hanya berada di tempat ke 5-8 di CIS Open Qualifier dan tidak berjaya mengumpul mata untuk melayakkan mereka di TI8 baru-baru ini.

Rata-rata peminat Dota2 dan Na'Vi sendiri sudah tentu akan merasakan kehilangan Dendi. Jom saksikan salah sebuah video 'tribute' untuk Dendi.