Penyokong Terkorban – Liga Bola Sepak Indonesia Digantung

September 27, 2018 - 01:19 PM


Indonesia  menghentikan dan menggantung kesemua perlawanan liga professional mereka selepas salah seorang penyokong daripada pasukan Persija Jakarta terkorban akibat dipukul oleh penyokong pasukan lawan.

Keputusan dilakukan setelah kematian Haringga Sirla, penyokong kelab Persija Jakarta yang terkorban setelah dipukul oleh sekumpulan penyokong kelab Persib Bandung di perkarangan stadium di Bandung.

Setakat ini, 16 orang telah ditahan untuk siasatan lanjut. Penurut pengarah Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Gatot Widado penggantungan ini akan berterusan sehingga diberitahu kelak bagi memfokuskan penyelesaian kes ini.

Penyiasatan akan dilakukan dari segala aspek termasuklah faktor keselamatan dan prosedur keselamatan yang ada di semua kelab yang bertanding di liga berkenaan.

Sejak 1994, Haringga merupakan mangka korban yang ke-74 sepanjang berlangsungnya pertandingan sepak bola di Indonesia.

Persoalannya, adakah ini jalan terbaik? Kalau perlawanan berlangsung, ada jaminan peristiwa berdarah ini tak berulang?

Bukan nak menyibuk urusan peertaruan negara jiran, cuma isu ini dekat dengan kita iaitu penyokong bola sepak. Kitorang yakin, kalau korang penyokong, korang pun terkesan dengan perkara ini. Lagi-lagi pergerakan ultras.