Perlawanan EPL Minggu Ini Akan Tentukan Liverpool Mampu Cabar Kejuaran Liga Atau Tidak

February 14, 2019 - 12:09 PM


Saingan EPL akan kembali macam biasa hujung minggu ini, dan dalam banyak-banyak pasukan; Manchester City dan Chelsea tidak ada perlawanan minggu ini. Seperti yang kita ketahui, kedua-dua pasukan ini dah menjalani ‘double gameweek’.

Antara ‘talking point’ EPL minggu ini adalah peluang menjuarai liga yang sekarang ini didahului oleh Manchester City namun diekori rapat dan berkongsi mata dengan Liverpool.

Kedua-dua hanya dipisahkan dengan jaringan gol dan perlu diingat, City tidak akan turun minggu ini dan Liverpool masih kurang 1 perlawanan.

Liverpool akan turun menentang United minggu ini, dua kelab yang sememangnya mempunyai sejarah rivalry paling dinantikan musim ini. Minggu seterusnya, Liverpool akan turun untuk perlawanan ‘derby’ menentang Everton.

Manchester City pula akan menentang United minggu seterusnya sebelum menentang Tottenham dan terakhir nanti Brighton.

Perlawanan-Perlawanan penting yang bakal menentukan siapa juara liga nanti semestinya :

Perlawanan melibatkan Liverpool :

vs Manchester United – 24 Feb

vs Everton – 2 Mac

vs Tottenham – 30 Mac

vs Chelsea – 13 April

vs Wolves – 12 Mei

Perlawanan Melibatkan City

vs Manchester United – 16 Mac

vs Tottenham – 20 April

vs Brighton – 12 Mei


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Untuk tahun 2019 ni, kami masih ikut format yang sama iaitu hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan. Banyak hadiah-hadiah yang menarik kitorang tawarkan sepanjang Liga Fantasy Rileklah ni, ada peluang nak menang Voucher Penginapan, Barangan Eksklusif, Voucher Shopping dan banyak lagi lah.

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657]

 


[ HADIAH PEMENANG BULAN FEBRUARI ]

Untuk Februari ni, tiga pengurus teratas akan menerima SATU (1) Tumbler atau Flask dari VAKKUM. VAKKUM ni, ianya adalah botol air atau flask jenis ANTI BAKTERIA yang pertama di Malaysia dengan menggunakan teknologi dari Korea.

Kelebihan VAKKUM

  • Anti Bakteria (99.9 berkesan dan diuji oleh sgs)
  • Pastikan air yang korang minum sentiasa bersih
  • Sesuai untuk mereka yang nak amalkan gaya hidup sihat
  • Banyak design dan kegunaannya
  • Air akan kekal sejuk atau panas untuk 8 jam

Matlumat lanjut boleh ke Facebook OasisSwiss atau ke www.vakkum.com