Persiapan AFC U23 2020 : 27 Pemain Dipanggil Ong Kim Swee Ke Latihan Pusat

March 05, 2019 - 03:22 PM


Datuk Ong Kim Swee (DOKS) telah menyenaraikan 27 orang pemain yang dipanggil untuk menyertai latihan pusat yang dijadualkan bermula Ahad ini, 10 Mac 2019 bagi membuat persiapan menghadapi pusingan Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 2020 di Stadium Shah Alam.

Daripada senarai yang ada, 21 pemain merupakan dari skuad yang beraksi di Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja bulan lalu. Hanya dua pemain digugurkan iaitu Nabil Hakim (KL) dan Danish Haziq (Negeri Sembilan).

Untuk melengkapkan senarai 27 pemain untuk kem latihan pusat, DOKS telah memangil enam pemain baru termasuk empat pemain yang beraksi di kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 kendalian Tan Cheng Hoe iaitu Syamer Kutty, Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari.

Skuad B-22 kebangsaan ini akan menjalani latihan selama seminggu sebelum diuji dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Australia B-22 17 mac nanti.

Senarai akhir 23 pemain akan dinamakan untuk membawa cabaran Malaysia pada saingan Kumpulan J bertemu Filipina – 22 Mac, Laos 24 Mac dan China 26 Mac. Kesemua perlawanan akan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

Dalam pusingan kelayakan, 11 pasukan akan layak secara automatic ke pusingan akhir kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama Thailand selaku tuan rumah manakana empat atau lima pasukan tempat kedua terbaik akan layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan bertanding.

Berikut senarai nama 27 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan :

Sumber Gambar : FAM