Pertemuan Liga Premier Antara Kelantan Dan Perlis Dibatalkan

February 21, 2019 - 04:37 PM


Susulan penyingkiran pasukan Singa Utara, Perlis daripada kancah Liga Malaysia semalam pertemuan antara pasukan Perlis dan Kelantan bagi saingan Liga Premier malam esok di Stadium Muhammad ke-IV dibatalkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Media Kelantan Red Warriors (KRW) berkata bagaimanapun pasukan tersebut akan meneruskan latihan bagi membuat persiapan untuk menentang pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) minggu hadapan.

Menerusi Ahli Lembaga Pengarahnya, MFL semalam sebulat suara memutuskan untuk batalkan penyertaan Perlis dalam saingan Liga Malaysia 2019 berkuat kuasa serta merta.

Kevin Ramalingan selaku Ketua Pegawai Eksekutif MFL berkata keputusan membatalkan penyertaan Perlis dibuat setelah mereka meneliti dokumen kewangan pasukan Singa Utara tersebut yang dihantar pada 18 Februari lalu.

Kredit : Brigate Gialloblu

Selamat tinggal Perlis, kesian diorang teranaiya oleh #DoraemonBangs*t katanya... Tengoklah video ni, sedih jugak... Berpuluh tahun dalam kancah bola sepak, masuk manager entah dari mana, melingkup terus...