Petr Cech Umum Persaraan Akhir Musim Ini – Chelsea Undang Kembali Ke ‘Rumah’

January 16, 2019 - 10:46 AM


Penjaga gol Arsenal, Petr Cech yang mula menapak di EPL dengan Chelsea semalam telah mengumumkan persaraan beliau pada penghujung musim ini. Selepas 20 tahun dalam kariernya sebagai pemain bolasepak.

Cech setakat ini mencatat rekod clean sheet terbanyak iaitu 207 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 36 tahun itu menyertai Arsenal pada Jun 2015 selepas 11 tahun bersama Chelsea.

15 tahun dalam EPL dan telah menangi semua piala, Cech merasakan ini waktu paling tepat untuk dirinya bersara. Dalam masa yang sama, Cech berharap beliau dapat bantu Arsenal untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 piala untuk musim ini.

Dalam masa yang sama, Chelsea mengatakan bersedia untuk membawa Cech ‘pulang’ ke Stamford Bridge. The Blues turut memberi penghormatan kepada Cech pada Selasa lalu selepas pengumuman persaraan itu dibuat.

Chelsea dikhabarkan ingin membawa pulang Cech dengan peranan penting di Chelsea sebagai duta atau mungkin akan dilantik sebagai jurulatih di akademi.