Piala AFF Suzuki 2018 : “Malaysia Perlu Berhati-Hati Dengan Laos” – Apek

November 12, 2018 - 12:48 PM


Walaupun atas kertas, Laos tampak seperti lawan yang mudah, namun penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek mahukan komitmen yang terbaik daripada rakan sepasukan menjelang perlawanan kedua menentang Laos malam nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemain yang pernah menjulang kejuaraan AFF Suzuki ini pada tahun 2010 mengingatkan pemain lain tentang ‘bahaya’ yang bakal mendatang sekiranya mereka terleka.

Menang ke atas Cambodia 1-0 pada minggu lepas, ternyata prestasi skuad negara masih menjadi tanda tanya. Jelas terdapat beberapa kekurangan skuad negara ketika berdepan dengan Cambodia tempoh hari.

4 permain pertahanan ternyata memulakan perlawanan yang pertama dibawah kendalian Tan Cheng Hoe. “Walaupun ini permainan pertama kami berempat, tak susah nak capai keserasian” tambah Apek.

Apa-apa pun, gandingan Syahmi Safari, Aidil Zafuan, Shahrul Saad dan Syazwan Andik perlu berhati-hati kerana temph hari banyak ‘kebocoran’ yang berlaku, nasib baik pasukan Cambodia gagal sempurnakan ‘peluang’ yang terhidang sahaja.

Menentang Laos hari ini, kami berharap pasukan Malaysia mampu meningkatkan persembahan mereka. Laos dibelasah 0-3 oleh Vietnam pada perlawanan pertama dan jika menang hari ini, pasukan Malaysia akan mempunyai jurang 3 mata kerana Vietnam tidak bermain pada hari ini.

[Jadual Penuh Perlawanan & Siaran Langsung Piala Suzuki AFF 2018]

Setakat ini, ini kedudukan kumpulan :

 

p/s: Kita jumpa malam nanti, dan tahniah juga diucapkan kepada ‘Ekor’ Harimau Malaya yang ada di Cambodia tempoh hari. Katanya corteo naik tuk-tuk ke stadium.