Piala AFF Suzuki 2018 : Menang 2 Pelawanan, Ujian Sebenar Malaysia Bakal Bermula

November 13, 2018 - 02:10 PM


Malam semalam, skuad Harimau Malaya berjaya memperolehi kemenangan kedua ke atas Laos dengan jaringan 3-1. Secara tidak langsung, pasukan negara kini mendahului Kumpulan A dengan 6 mata diikuti Myanmar dan juga Vietnam dengan masing-masing mempunyai 3 mata setelah menang perlawanan pertama.

Myanmar semalam menewaskan Cambodia dengan jaringan 4-1, manakala Vietnam sebelum ini menewaskan Laos 3-0.

Kemenangan skuad Harimau Malaya dihadapan penyokong sendiri malam tadi ternyata memberikan semangat kepada anak buah Tan Cheng Hoe sebelum mereka ke Hanoi, Rabu ini bertemu Vietnam 16 November nanti.

Walaupun ketinggalan seawal minit ke-7, pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam memburu gol. Hasilnya, Mohad Zaquan Adha berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke – 15, sebelun Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol kedua pada minit 86 dan kemudiannya pada masa tambahan.

Malaysia akan berkunjung ke Vietnam untuk perlawanan ketiga di Stadium Nasional My Dinh, Jumaat nanti dan menerima kunjungan Myanmar untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 24 November nanti.

Jadual Penuh Perlawanan & Siaran Langsung AFF 

Dalam masa yang sama, syabas dan tahniah diucapkan kepada Ultras Malaya terhadap penghormatan yang diberikan kepada 6 Wira Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terkoban dalam operasi menyelamat sebelum ini.