Piala AFF Suzuki 2018 : Thailand Mula Perang Psikologi, Kondisi Padang Latihan Malaysia Teruk!

December 04, 2018 - 02:34 PM


Momentum dan keyakinan yang diperolehi oleh pasukan Harimau Malaya terganggu akibat padang latihan yang seperti ‘sengaja’ diberikan sebegitu rupa.

Pasukan Bolasepak negara yang tiba di Bangkok semalam tiba dengan semangat dan moral yang tinggi setelah berjaya mengikat pasukan pilihan Thailand dalam pertemuan pertama peringkat separuh akhir di Bukit Jalin tempoh hari. Namun semangat tersebut sedikit terganggu setelah mereka tiba di padang latihan yang disediakan oleh Thailand semalam.

Keputusan Perlawanan Pertama

Semasa tiba di padang latihan yang diaturkan oleh FA Thailand di Stadium Insi Chantharansit di Universiti Kasetsart, semua pemain termasuk pengendali pasukan Tan Cheng Hoe terkejut dengan kondisi padang. Ini secara tak langsung merencatkan latihan yang telah diaturkan.

Pertama, padang yang disediakan tidak mempunyai garisan. Ini termasuklah garisan tepi, garisan tengah dan kotak penalti. Ini menyukarkan pemain untuk mengagak dimana kedudukan sepatutnya mereka berada. Kedua, sebelah padang tidak boleh digunakan.

Ketiga, bahagian padang yang boleh digunakan, kawasan penaltinya berpasir dan secara logik ini agak menyukarkan latihan untuk penjaga gol kita.

Keempat; keadaan stadium yang sangat terbuka. Ini memudahkan sesiapa sahaja untuk memantau dan memerhatikan corak latihan atau taktikal yang bakal diguna nanti.

Nampaknya, Thailand dah mula serangan psikologi. Diharapkan kesemua pemain dapat menyesuaikan diri dan kekal fokus. Moga kemenangan milik kita!

JANGAN GENTAR, KITA LAWAN! 

 

Kredit Gambar : Goal