Piala Dunia 2018: Bola Baru di Perkenalkan Oleh Adidas di Peringkat Kalah Mati

June 27, 2018 - 01:10 PM


Hanya tingga beberapa lagi perlawanan sebelum peringkat kumpulan tamat. Sempena pengakhiran peringkat kumpulan ini, adidas Football telah memperkenalkan rekaan bola baharu mereka iaitu Telstar Mechta.

Telstar Mechta bermaksud impian dan cita-cita sesuai untuk pertandingan ini yang merujuk kepada kesemua negara-negara bertanding untuk merebut piala berprestij ini. Rekaan bola ini didatangkan dengan rekaan grafik yang sama cuma dengan tambahan warna merah yang merujuk sebagai Negara Russia sebagai tuan rumah.

Bola baharu ini juga dilengkapi dengan teknologi NFC chip yang membolehkan pengguna membuka konten eksklusif dari FIFA dan adidas. Bola Telsta Mechta ini bakal dijual pada 30 Jun ini bersempena perlawanan pertama peringkat kalah mati.