Prestasi Cemerlang Alvaro Morata Bantu Chelsea Tewaskan Crystal Palace



Chelsea meneruskan rentak kemenangan mereka di bawah kendalian Maurizzio Sarri dengan kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace. Sekaligus meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan EPL pada musim ini.

Prestasi cemerlang Alvaro Morata juga menerima pujian dari jurulatih dan berjaya menyumbangkan 2 gol dalam pertemuan menentang Crystal Palace malam tadi.

Ruud Gullit juga memuji Alvaro Morata merupakan penyerang berkualiti yang diperlukan oleh Chelsea dalam usaha untuk mencabar kejuaraan liga. Kini Chelsea tidak lagi hanya bergantung kepada Hazard. 

Jika sebelum ini ramai yang melabel Chelsea tak ada penyerang berkaliber, tetapi sebenarnya Chelsea memiliki ramai pemain berbakat namun harus dipergunakan dengan betul.

Gullit menyatakan yang Morata memerlukan servis seperti mana yang beliau dapat ketika berhadapan dengan Palace. Chelsea perlu memperbanyakkan lagi hantaran lintang untuk membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik daripada Morata. -bbc.com

Taktikal Terbaru Dari Maurizzio Sarri

Di bawah kendalian Maurizzio Sarri, Chelsea lebih kepada pasukan yang mengutamakan penetrasi secara unit ke dalam kotak penalti bukannya sistem yang terlalu banyak hantaran lintang.

Oleh sebab itu pemain seperti Hazard, Pedro dan Willian diarahkan untuk lebih tajam masuk ke dalam kotak penalti dan diberikan kebenaran untuk banyak menggelecek.

Buat masa ini, Chelsea menjadi pasukan ke-12 dalam ranking hantaran lintang. Manakala ketepatan hantaran lintang mereka hanyalah 15.56% – berada di tangga ke-19.

Morata kini sudah menjaringkan 5 gol daripada 6 penampilan terakhirnya untuk Chelsea dalam semua pertandingan. Beliau seakan-akan mulai membalas kepercayaan Sarri dengan angka gol beliau.

Walaupun dengan aksi cemerlang Morata, Jurulatih Chelsea masih lagi mahukan Morata memperbaiki beberapa aspek permainan beliau yang rapuh.

Dalam beberapa perlawanan Alvaro Morata masih mempersia-siakan beberapa peluang gol terbaik beliau – walaupun beliau menjaringkan gol.

Chelsea kini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan pertama liga menyamaai pencapaian mereka pada 2005/06 dan 2014/15. Pada 2 musim tersebut mereka mengakhirinya dengan kejuaraan liga.

Chelsea berada di kedudukan ke-2 liga dengan kelebihan perbezaan jaringan mengatasi Liverpool – kedua dua pasukan berkongsi 27 mata. Manakala Crystal Palace di tangga ke-14 – hanya 3 mata di atas zon penyingkiran.

-KeN: Untunglah sapa yang buat Morata Kepten dalam EPL Fantasi