Prestasi Cemerlang Daniel Sturridge Mendapat Pujian Virgil Van Dijk

October 03, 2018 - 11:18 AM


Perlawanan lepas menyaksikan perlawan antara top 3 Chelsea menentang Liverpool di Stanford Bridge di mana dalam perlawanan tersebut Liverpool berjaya mengikat Chelsea 1-1 di lewat permainan. Jaringan penyamaan oleh Daniel Sturridge mendapat pujian hebat dari Virgil Van Dijk.

Menurutnya, gol yang terhasil bekas penyerang Chelsea pada penghujung babak perlawanan itu pengambarkan bahawa pemain itu adalah bakat yang sangat istimewa bertaraf dunia.

“Kami (Liverpool) mempunyai pasukan yang kuat, pemain berkelas dunia dan salah seorangnya adalah Daniel Sturridge,” puji Van Dijk menerusi (Liverpoolfc.com)

Penyerang kelahiran Inggeris ini terus menjadi tumpuan peminat tegar The Reds pada permulaan musim ini apabila beliau berjaya menampilkan persembahan yang menyakinkan dalam beberapa siri perlawanan sebelumnya. (Angin je fan Chelsea baca ni) 

Setakat ini Sturridge telah berjaya menjaringkan dua gol dalam lima penampilan beliau dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pemain gantian dan dijangka akan teruskan persembahan yang cemerlang.

Pada perlawanan menentang Chelsea sekali lagi Sturridge tampil sebagai pemain gantian, namun ianya tidak menghalang untuk dia beraksi cemerlang dan hanya hanya memerlukan masa tiga minit untuk menjaringkan gol penyelamat buat Liverpool.

Sebelum beraksi di Stamford Bridge, Sturridge turut berjaya merobek gawang The Blues dalam saingan Piala Liga di Anfield.

Dalam perlawanan tersebut, Sturridge telah berjaya menjaringkan gol gaya akrobatik di dalam kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol kedua Chelsea, Willy Caballero.

Sumber: LiverpoolFC.com