Raikan Gol Secara Melampau - Gareth Bale Berdepan Hukuman Gantung 12 Perlawanan

February 15, 2019 - 12:18 PM


Dalam satu perlawanan derby antara Real Madrid dan Atletico Madrid semalam, Real berjaya mendapat kemenangan 3-1. Namun, kejayaan mereka tersebut ‘dicacatkan’ dengan hukuman yang bakal dikenakan oleh La Liga terhadap pasukan berkenaan.

Gareth Bale, berkemungkinan akan digantung selama 12 perlawanan selepas dilaporkan oleh pegawai perlawanan menunjukkan isyarat yang mungkin membawa maksud ‘lucah dan menghina’.

Dalam perlawanan berkenaan, Bale dimasukkan selepas minit ke 60 dan hanya perlukan 17 minit untuk mencetak gol untuk Real Madrid. Mungkin disebabkan kecewa diletakkan sebagai pemain gantian, Bale mungkin agak beremosi dan secara tak sengaja meraikan golnya secara melampau.

Bale dalam masa yang sama, menutup mulut para pengkritik dengan sumbangannya yang penting dalam perlawanan berkenaan. Walaupun insiden meraikan gol berkenaan tidak dimasukkan dalam laporan akhir perlawanan oleh pengadil, namun pihak yang berwajid telah diminta untuk menyiasat perbuatan Bale tersebut.

La Liga kini dalam proses siasatan dan nasib Gareth Bale dan Real Madrid bakal diketahui. Jika kesalahan tersebut disengajakan dan jika didapati bersalah, Bale nampaknya berkemungkinan berdepan hukuman gantung antara empat hingga 12 perlawanan.

Jika ini terjadi, maknanya Bale akan terlepas keseluruhan baki saingan La Liga musim ini.

Inilah celebration yang dimaksudkan....