Real Madrid, Bayern Mara Ke Separuh Akhir Saingan Champions League

April 12, 2018 - 11:05 AM


Aksi ‘come back’ mewarnai saingan ke dua Champions League pada minggu ini. Jika sebelum, Roma berjaya menewaskan Barcelona setelah diaibkan pada perlawanan pertama, musuh tradisinya juga hampir mengalami pengakhiran yang sama apabila Juventus berjaya menang 3-1.

Walaupun menang, sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Real Madrid menjadi buah mulut para pengkritik seluruh dunia kerana dikatakan agak kontroversi. Penalti pada minit ke-92 berkenaan disempurnakan oleh Ronaldo dan memastikan Real ke peringkat separuh akhir.

Fakta Perlawanan :

  • Walaupun tewas, Real Madrid berjaya melangkah ke separuh akhir Champions League untuk kali ke-8 berturut.
  • Kad merah yang diterima oleh Buffon merupakan yang pertama dalam kariernya dalam kejohanan Champions League.
  • Gol Mandzukic selepas 76 saat perlawanan berlangsung merupakan gol terpantas dibolos oleh Real Madrid di gelanggang sendiri dalam saingan ini.
  • Ini adalah saingan pertama sejak 2010 yang mana hanya satu kelab dari liga Sepanyol akan beraksi di peringkat separuh akhir

Inilah insiden yang mengakibatkan Buffon dilayangkan kad merah tersebut...

Sementara itu di Allianz Arena, Bayern Munchen sekadar seri tanpa jaringan dengan Sevilla. Bayern berjaya mara ke separuh akhir dengan agregat 2-1 hasil daripada perlawanan pertama mereka di gelanggang lawan.

Bayern berjaya mengelak daripada penyingkiran seperti mana kelab-kelab gergasi lain.

Sevilla berjaya mengasak kubu Bayern pada separuh masa pertama namun gagal mencipta gol walaupun terdapat banyak peluang.

Fakta Perlawanan :

  • Bayern telah ke peringat separuh akhir saingan Champions League sebanyak 11 kali
  • Bayern mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 20 perlawanan di Allianz Arena dalam semua saingan
  • Ini merupakan kali pertama Bayern gagal menjaringkan sebarang gol sejak April 2014

Nampaknya saingan Champions League kali ini mencatat sejarah baru apabila empat pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir adalah daripada empat liga utama Eropah yang berbeza iaitu Liverpool (EPL), AS Roma (Serie A), Bayern Munchen (Bundesliga) dan Real Madrid (La Liga).