Roma Buat Kejutan, Liverpool Ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah



Kemenangan AS Roma ke atas Barcelona di laman sendiri berjaya meletakkan mereka di empat pasukan terbaik Eropah walaupun agregat 4-4, namun Roma mempunyai 1 bekalan gol di tempat lawan.

Gol-gol AS Roma dijaringkan oleh Edin Dzeko, De Rossi dan K. Manolas.

Barcelona pada awalnya berjaya mengekang asakan Roma, namun jaringan pada minit ke-82 memberikan kelebihan kepada mereka. Tewas 3-1 pada perlawanan pertama, persembahan Roma ini menyamai rekod yang dilakukan oleh Deportivo pada tahun 2004.

Fakta Perlawanan :

-Roma berjaya mengekalkan clean sheet sebanyak 5 perlawanan di laman sendiri dan merupakan penampilan terbaik sepanjang mengikuti kempen liga juara-juara eropah.

-Dzeko telah menjaringkan gol dalam 3 penampilan berturut-turut di kejohanan yang sama.

-Barcelona tidak pernah menang perlawanan ni gelanggang lawan sejak 5  perlawanan kalah mati, bolos 13 gol dan hanya menjaringkan 1 gol.

 

Sementara itu di Etihad, Salah sekali lagi menjadi sumber inspirasi kepada Liverpool dengan jaringan bersahaja pada minit ke 56 sebelum Firminho melengkapkan kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di gelanggang mereka sendiri.

Pasukan tuan rumah mendominasi separuh masa pertama dan peluang terbaik mereka hadir melalui Bernardo Silva, namun sepakannya terkena tiang dan seterusnya melalui gol Leroy Sane yang kemudiannya dibatalkan akibat offside.

Fakta Perlawanan :

-Liverpool melangkah ke peringkat separuh akhir sebanyak 10 kali di peringkat Eropah.

-Pep Guardiola gagal membawa City untuk ke peringkat separuh akhir sejak meningalkan Barcelona dan Bayern Munich.

- Liverpool merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan kelab yang diuruskan Pep Guardiola sebanyak 3 kali dalam satu musim.

- Jurgen Klopp telah menewaskan Pep sebanyak 7 kali apabila kedua-dua pasukan mereka bertemu.

Berakhirnya perlawanan peringkat kedua ini, Liverpool dan Roma akan bertemu pemenang antara Juventus dan Real Madrid, atau Sevilla dan Bayern Munich.