Sah! Perlawanan Pacquiao Akan Diadakan Di Kuala Lumpur




Pertembungan antara Pacquiao dan Matthysse yang merupakan juara dunia kelas welterweight sah akan diadakan pada bulan Julai nanti di Kuala Lumpur.

Selain kembali semula ke gelanggang, ikon Filipina ini akan mencabar gelaran juara milik Lucas Matthysse dan disahkan oleh Oscar De La Hoya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Twitter.

 

"Ia sudah dimeterai, disahkan, dan sudah dihantar: Bangga untuk mengumumkan secara rasmi juara dunia welterweight WBA@MatthysseLucas akan bertemu @mannypacquiao di Kuala Lumpur, Malaysia pada malam Sabtu 14 Julai."

Sebelum ini, Pacquiao ada menyebut tentang pertarungannya dengan Matthysse pada bulan lalu namun tiada sebarang perkembangan lanjut sehinggalah pengumuman yang dibuat oleh De La Hoya semalam.

Berita gembira itu turut di Tweet oleh Manny di twitternya :

 

Ketika ditemuramah, Pacquiao ternyata teruja namun tetap merendah diri kerana beliau bukanlah pilihan dalam pertarungan itu nanti dan lawannya pula merupakan pakar pukulan KO.

 

Menurut rekod, Matthyse telah mencatatkan 39 kemenangan dan 36 daripadanya menerusi pukulan KO, manakala Pacquiao pula membuat penampilan semula selepas perlawanannya yang terakhir pada Julai 2017 yang mana dia tewas melalui kiraan mata di Brisbane.

Peminat tinju di Malaysia mesti tak sabar menantikan Pacman di KL nanti! 

Kami sokong anda Pacquiao! 

#Pacmanisback