“Saya Bercakap Dengan Motor, 40 Minit Sebelum Setiap Perlumbaan” – Valentino Rossi



Setiap atlet, tak kiralah dalam apa sahaja bidang sekalipun pasti ada ritual ‘wajib’ dilakukan sebelum acara mereka berlangsung. Macam contoh, Cesc Febregas akan mencium cincin pemberian isterinya sebanyak empat kali sebelum keluar beraksi.

Kalau dalam dunia permotoran, nama Valentino Rossi atau nama gelarannya 'The Doctor' rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Perlumba yang menggunakan nombor 46 ini telah memenangi kejuaraan dunia MotoGP sebanyak 7 kali dan Valentino Rossi juga ada ‘ritual’ sebelum perlumbaan yang menarik dan unik.

Kalau korang perasan, setiap kali sebelum perlumbaan, Rossi akan duduk disebelah motornya dan merapatkan kepala pada badan jentera Yamahanya.

Dalam satu temubual oleh TV di Itali, Rossi mendedahkan apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang ‘romantis’ dan ia sangat membantu Rossi untuk memberikan saingan yang terbaik. Maklumlah, dengan usianya yang semakin meningkat, ramai pelumba-pelumba muda yang berikan saingan.

Tapi romantis yang dimaksudkan Rossi ni bukanlah hubungan dia dengan kekasihnya, cuma dengan jentera yang bakal dinaikinya dalam satu-satu perlumbaan. Lebih menarik, Rossi mendedahkan yang beliau akan menyimpan jentera Yamaha yang buatkan dia menang kejuaraan dunia.


Credit : Crash.net

Jadi, Rossi dah ada 7 kejuaraan. Maknanya dekat rumah dia ada 7 bijik motor Yamaha. Dan kalau korang ingat, kejuaraan ke-7 tu dia menang dekat Sepang.

“Sebelum setiap perlumbaan, saya akan bersama dan bercakap dengan motor saya sekurang-kurangnya 40 minit. Dah macam ‘dating’” tambah Rossi.

Walaupun hampir mencecah umur 40-an, Rossi nampaknya taka da tanda-tanda nak memperlahankan kariernya. Malah, saingan MotoGp yang akan bermula bulan Mac nanti, dia ingin mendapatkan kejuaraan ke-8.