Senarai Panggilan Pemain Harimau Malaya Menjelang Piala AFF Suzuki 2018

October 02, 2018 - 06:39 PM


Piala  AFF Suzuki 2018 akan bermula pada 8 November hingga 15 Disember dan perlawanan pertama skuad Harimau Malaya adalah berdepan dengan Cambodia pada 8 November di Olympic Stadium, Phnom Penh.

Sebagai persiapan, jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe telah mengumumkan senarai 24 pemain yang akan megikuti latihan pusat kem kebangsaan bermula minggu hadapan.

Dua perlawanan persahabatan telah diatur bagi mempersiapkan pasukan Harimau Malaya iaitu menentang Sri Langka di Colombo pada 12 Oktober dan Kyrgyztan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober.

Enam Pemain Digugurkan

Kalau diteliti nama-mana yang dipanggil, seramai 16 orang pemain daripada kem latihan pusat yang diadakan sebelum ini telah di panggil dan enam pemain telah digugukan iaitu Farizal Marlias, Nazmi Faiz Mansor (JDT), Nasir Basharudin (Perak), Nik Akif Syahiran (Kelantan), Syawal Nordin (Kedah) dan R. Kogileswaran (Pahang).

Mereka ini digantikan dengan Sumareh, Matt Davies (Pahang), Haziq Nadzli, Syamer Kutty (JDT), Kenny Pallraj, Nor Hakim Hassan (Perak).

Untuk rekod, Sumareh buat pertama kalinya dipanggil sejak pemain berkenaan sah mendapat taraf kerakyatan Malaysia dan didaftarkan sebagai pemain naturalisasi. Jika diturunkan, Sumareh akan mencatat sejarah sebagai pemain naturalisasi pertama yang menyarungkan jersi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Berikut adalah senarai penuh 24 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe:

GK: Hafizul Hakim, Haziq Nadzli, Khairul Fahmi Che Mat

DF: Shahrul Saad, Amirul Azhan, Adam Nor Azlin, Fazly Mazlan, Syazwan Andik, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Rawilson Batuil

MF: Kenny Palraj, Norhakim Hassan, Syamer Kutty, Akram Mahinan, Syazwan Zainon, Akhyar Rashid, Azzizan Nordin, Mahali Jasuli, Mohamadou Sumareh, Syahmi Safari

FW: Zaquan Adha, Norshahrul Idlan Talaha, Shahrel Fikri

Macam mana korang rasa dengan pemilihan pemain oleh Tan Cheng Hoe ni? Boleh pegi jauh ke tak agak-agak?