Skuad Bola Sepak B23 Negara Hadapi Cabaran Getir

August 02, 2018 - 08:47 AM


Nampaknya, Datuk Ong Kim Swee (DOKS) terpaksa menghadapi saingan Sukan Asia 2018 dengan cabaran yang lebih tinggi. Selepas Matthew Davies dan Azam Azih tidak melaporkan diri ke kem latihan, DOKS terpaksa melepaskan beberapa lagi orang pemain atas faktor kecederaan.

Caption

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM, pemain PKNS FC, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew terpaksa digugurkan kerana mengalami masalah hamstring ketika sesi latihan petang semalam. Selain itu, Hadi Fayyadh Abdul Razak dari kelab JDT II tidak dapat menyertai pasukan.

Jafri Chew 

Nampaknya sedikit perubahan terpaksalah dilakukan terhadap corak permainan nanti. Skuad B23 negara akan terlibat adalam satu aksi pemanas badan menentang skuad B-23 China pada 5 Ogos dan hanya selepas itu, barulah senarai nama 20 pemain ke Sukan Asia akan diumumkan.

Laluan Malaysia pada Sukan Asia 2018 ternyata nampak mustahil di atas kertas, kita diundi sama kumpulan dengan UAE, Kyrgystan dan juga Bahrain.

Skuad B-23 Malaysia

Setakat ini, senarai 22 pemain yang telah melaporkan diri adalah seperti berikut :

Muhammad Haziq Nadzli, Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Muhammad Adib Zainuddin (JDT II); Baddrol Bakhtiar, Mohd Rizal Ghazali, Ifwat Akmal Chek Kassim, Muhd Akhyar Abdul Rashid (Kedah); Muhammad Irfan Zakaria, Syazwan Andik Ishak, Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur)

 Faisal Abdul Halim, R. Kogileswaran (Pahang); Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC); Muhamad Daniel Amier Norhisham (Felda United); Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan); N. Thanabalan (Negeri Sembilan); Muhamad Syazwan Zaipol Bahari (Perak); Tommy Mawat Bada (PJ Rangers FC); Muhammad Syahmi Safari (Selangor).